Monday 13 January 2014

GERAKAN KRISTIAN HAMPIR BERJAYA MENAKHLUK MALAYSIA ... ???


Gerakan Kristian di Malaysia di lihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Daripada beberapa insiden sebelum ini , rakyat Malaysia khususnya orang-orang Islam perlu sedar bahawa gerakan ini sebenarnya telah lama berlaku dan ianya di lakukan secara senyap-senyap.

Kini gerakan pihak kristian bukan sahaja berlaku di gereja-gereja tetapi juga secara terbuka.

Mereka di lihat begitu berani seolah-olah tidak ada sebarang peruntukan undang-undang yang melarang mereka daripada menyebarkannya kepada orang Islam.



Bukan itu sahaja , sokongan daripada parti politik khususnya pembangkang di kesan antara faktor kepada gerakan-gerakan seumpama ini terus berlaku . Malah mereka pernah menghimpunkan paderi-paderi di Pulau Pinang dan berikrar untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara selain jawatan Perdana Menteri.


Apakah agenda sebenar mereka  ? Adakah gerakan kristian hampir menang di Malaysia ? Rakaman video di bawah menceritakan apa sebenarnya yang sedang dan telah berlaku.

         

Kita bukan zalim apatah lagi menjadikan mereka yang beragama kristian sebagai musuh tetapi biarlah ianya selari dengan apa yang telah di persetujui sebelum ini. Umat Islam tidak pernah sesekali mahu mengganggu mana-mana pihak khususnya yang punya pegangan agama masing-masing namun dalam negara seperti Malaysia yang punya peruntukan undang-undang biarlah kita punya nilai dan rasa hormat sesama kita.

Jangan di cetuskan sesuatu yang tidak akan menguntungkan mana-mana pihak khususnya generasi selepas kita. - UtaraNews

No comments: