Monday 13 January 2014

EXCO SELANGOR ARAH PUSAT GIAT MARA DITUTUP, BANGUNAN ATAS TANAH MILIK 'BAPAK' KHALID SAMAD !!!


Satu lagi Pusat Giat Mara yg diarah TUTUP dgn kadar segera oleh EXCO Selangor atas alasan tanah milik kerajaan negeri Selangor.



Selepas menaikkan kadar cukai dan menghapuskan semua status tol selain membekukan pemberian tol untuk apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu, kini, DAP Selangor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor, bekerjasama pula mengenalpasti mana-mana tanah yang telah diduduki secara 'haram' oleh entiti-entiti Melayu untuk dirampas dan dibangunkan oleh syarikat-syarikat milik Cina.

Dua minggu selepas tahun baru 2014, DAP  menerusi Kerajaan Negeri Selangor telah mula merampas tanah. Kali ini yang menjadi mangsa adalah Pusat Giat MARA Selayang. Alasan yang diberikan ialah, Pusat Giat MARA Selayang telah dibina secara haram di atas tanah kerajaan. Justeru, tindakan meroboh perlu dilaksanakan, apatah lagi tanah tersebut telah diserahkan kepada sebuah syarikat pemaju Cina untuk diambilalih dan dibangunkan.


EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah dan wakil dari Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama kontraktor telah datang ke Pusat Giat MARA Selayang untuk melakukan penghalauan secara keras dan berterus-terang.

Ean Yong Hian Wah selaku Exco telah mengeluarkan arahan Pusat Giat MARA Selayang itu DITUTUP SERTA-MERTA.

Sebelum ini Pusat Giat MARA Sabak Bernam telah ditutup atas arahan yang sama. Manakala Pusat Giat MARA Kapar sedang menunggu hari.

Nampaknya semua Pusat Giat MARA  yang berstatus tanah milik Kerajaan Negeri akan dikuburkan oleh DAP atas nama Cina.

Seperkara yang menarik ialah, Pusat Giat MARA sebenarnya menyediakan latihan kepada lepasan-lepasan sekolah atau mereka yang keciciran dengan kemahiran vokasional. MARA selaku persediaan kepada permintaan tinggi sektor pekerjaan terhadap tenaga kerja mahir.

Bagaimanapun, DAP yang lebih berminat untuk mendapatkan tanah dan menghapuskan peluang kemahiran di kalangan masyarakat muda Melayu....TERUSKAN BACAAN DI SELANGOR CHRONICLE

No comments: