Tuesday 3 December 2013

POLIS TAHAN 2 LELAKI DISYAKI AHLI GENG TOPENG

2   disyaki saki baki ahli  Geng Topeng ditahan

Kuala Lumpur : Dua lelaki dipercayai saki baki ahli Geng Topeng ditahan di Jalan SS14, Subang Jaya, semalam, apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar tembok ketika melarikan diri daripada polis.

Dalam kejadian 2 petang itu, lelaki terbabit bersama tiga lagi rakan yang menaiki PROTON Wira berwarna biru, ditahan untuk pemeriksaan oleh Unit Rondaan Bermoto sikal (URB), selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan. 


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata suspek yang enggan memberi kerjasama bertindak memecut kenderaan untuk melarikan diri. 

Hasil pemeriksaan dalam kereta suspek, polis menjumpai lima bilah parang, topeng muka serta sarung tangan yang dipercayai untuk melakukan jenayah” Yahaya Ramli, Ketua Polis Daerah Subang Jaya

Kereta hilang kawalan

“Namun, tidak sampai satu kilometer kereta itu hilang kawalan ketika cuba menghimpit anggota yang mengejar dan menyebabkan kenderaan itu terbabas melanggar dinding longkang di Jalan SS14.

“Sejurus terbabas, semua suspek melarikan diri, namun dua daripada mereka berjaya ditahan selepas bergelut dengan dua anggota polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Yahaya berkata, hasil pemeriksaan dalam kereta suspek, polis menjumpai lima bilah parang, topeng muka serta sarung tangan yang dipercayai untuk melakukan jenayah. 
“Malah, apabila disemak, kita mendapati nombor pendaftaran kereta yang digunakan adalah palsu,” katanya.

Suspek yang berusia 20-an dibawa ke Balai Polis Subang Jaya dan akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata. BH

No comments: