Tuesday 3 December 2013

LELAKI WARGA EMAS BUNUH DIRI DI TAMAN PERMAINAN DI SUBANG JAYA

Tempat mangsa ditemui mati

PETALING JAYA : Perniagaan yang sedang dilanda masalah didakwa menyebabkan seorang lelaki berusia 60 tahun bertindak membunuh diri di sebuah taman permainan di Subang Jaya pada Selasa.

Difahamkan salah seorang penduduk di kawasan tersebut membuat laporan polis selepas menjumpai mayat lelaki itu kira-kira pukul 6.37 pagi.
Mangsa yang memakai baju-T dan berseluar biru ditemui tergantung di sebuah pondok kecil di taman permainan kawasan perumahan tersebut.
"Mayatnya telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli.
Difahamkan mangsa mengalami tekanan perasaan selepas perniagaan pertaniannya di Cameron Highlands gagal.
"Kami percaya mangsa telah mendapatkan rawatan akibat tekanan perasaan," kata Yahaya. mStar

No comments: