Thursday 20 June 2013

BLACKOUT 505 KUALA LUMPUR DIBATALKAN !!!

Sebelum ini penganjur NGO-NGO perhimpunan haram Black505 pada 23hb Jun ini malu besar kerana gesaan mereka agar Ahli Parlimen memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24hb Jun ini tidak dipedulikan dan disampahkan oleh Pakatan Pembangkang. Baca Sini


Dek diperlekehkan oleh Pakatan Pembangkang, senarai NGO yang terlibat telah berkurangan berkemungkinan kerana mereka sedar telah dijadikan tunggangan dan ianya sia-sia belaka. Baca Sini

Yang terbaru ialah kenyataan pihak polis yang sekali gus mengesahkan perhimpunan di Padang Merbok adalah haram dan tidak benarkan. Kata mudah, perhimpunan itu patut dibatalkan.

Sila baca :

Polis bertegas tidak membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Padang Merbok di sini. 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, keputusan polis itu selari dengan keputusan yang telah diputuskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, baru-baru ini. 
Katanya, kawasan Padang Merbok merupakan milik DBKL dan bergantung kepada pihak berkenaan untuk membuat keputusan. 
"Datuk Bandar telah memberi kenyataan yang memutuskan perhimpunan tersebut tidak boleh diadakan di situ dan sebagai tuan punya kepada kawasan itu, DBKL mempunyai hak. 
"Itu selari dengan kehendak Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan setiap kebenaran berhimpun perlu mendapat kebenaran pemilik dan penganjur perlu mengemukakan kebenaran pemilik untuk mengadakan perhimpunan itu," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa pertemuan pegawai polis kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan Pengerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ayub Yaakob di sini hari ini. - UM

SUMBER

No comments: