Wednesday 4 December 2013

PDRM NAFI TAHAN MILITAN INDONESIA YANG LOLOS DARI PENJARA

Fadli Sadama

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan agensi berita antarabangsa bahawa mereka telah menahan seorang ahli kumpulan militan yang melepaskan diri dari sebuah penjara di Tanjung Gusta, Medan, Indonesia pada Julai lalu.

Menafikan Fadli Sadama telah ditahan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah memberitahu Bernama bahawa laporan tersebut tidak benar.
Agensi berita AFP memetik jurucakap polis Indonesia, Agus Rianto sebagai berkata Fadli ditahan di Malaysia dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa Indonesia.
Dia antara 200 banduan yang melarikan diri dari penjara Tanjung Gusta selepas tahanan membakar kemudahan di penjara itu selepas berlaku rusuhan yang menyebabkan lima orang maut.
Dilaporkan pegawai anti-keganasan turut mendakwa Fadli mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani di selatan Thailand. mStar

No comments: