Thursday 26 December 2013

HIMPUNAN HARAM 'BABI' GULINGKAN KERAJAAN - PENGANGGUR ASMAELZ HADZENY II DITAHAN POLIS


Polis hari ini menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 11 pagi tadi di Saratok, Sarawak.
“Suspek yang merupakan seorang penganggur kini dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan,” katanya dalam catatan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia.
Hadi Ho berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Dalam pada itu, rancangan pihak tertentu menganjurkan perhimpunan haram itu terus mendapat bantahan pelbagai pihak.

No comments: