Thursday 26 December 2013

BISUL PADA HIDUNG, CHEF WAN BERANSUR SIHAT

Gara-gara terkena bisul di hidung, Chef Wan tidak dapat tidur selama 3 hari dan dibawa ke hospital.
Khabarnya, bisul yang dihidapi Chef Wan agak teruk kerana ia telah menyebabkan jangkitan kuman. Paling bahaya ialah jangkitan kuman tersebut hampir menjangkiti bahagian mata.

Chef Wan Masuk Hospital Gara-gara Bisul Di Hidung 1

“Saya telah ke hospital pagi ini kerana tak tahan sebab tak dapat tidur selama tiga hari menahan kesakitan. Doktor kata ada bisul di bahagian hidung saya yang perlu dibuang secepat mungkin.”
“Saya perlu berada di hospital buat beberapa hari kerana daripada laporan X-ray pihak doktor, jangkitan itu telah berpindah ke bahagian mata.”
Menurut Chef Wan lagi, jika dibiarkan, ia mungkin merebak ke otak dan boleh mengakibatkan kematian.
Chef Wan Masuk Hospital Gara-gara Bisul Di Hidung 2
Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) sudah beransur pulih.
Kelakar juga LaporanTerkini membaca post Chef Wan di laman Instagramnya. Sama seperti di dalam tv, beliau juga berjenaka mengenai kesakitan beliau di laman Instagramnya. 
”Ku semangat dah mcm Ikan Dugung tua tersadai diatas katil tu masuk kan antibiotic tadi before being wheel into the Operation Theater.Dr before that kata the entire procedure will cost me rm1700.00 ..jika pakai gigi palsu dah tercampak keluar atas riba Dr tu terperanjat.”
”Dah sakit and its a private Specialist terpaksa la hulur kan saja Visa card tu. But i have my medical Insurance to claim them nanti. Teringat la org kg kena bisul tu mcm mana la jika tak berduit? Hidup jugak tak mati....dah puas bernanah lah. Anyway whats more important i have taken care of this situation. Alhamdulillah.”
Chef Wan Masuk Hospital Gara-gara Bisul Di Hidung 3

No comments: