Saturday 2 November 2013

WANITA GELANDANGAN DIBUNUH, WAJAH TERKOYAK..... MISLINA MUSTAFFA ..???!!!

Pada mulanya aku hanya baca tajuk sahaja, menjadi tanda tanya siapakah gerangannya wanita gelandangan itu. Terdetik di hati.... di dalam blog ini, jika wanita gelandangan tidak lain tidak bukan adalah Mislina Mustaffa... Nak tahu siapa Mislina Mustaffa... Baca < DI SINI > < DI SINI >  dan   < DI SINI >

But....don't judge the books by its cover.... Baca cerita sebenarnya....
KUALA LUMPUR – Seorang wanita gelandangan ditemui mati dengan kesan koyakan pada bahagian kanan mukanya, dipercayai dibunuh, di Jalan Tun H S Lee, semalam.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat wanita berusia 60-an itu ditemui oleh orang awam di kaki lima berhampiran sebuah bank pada jam 7 pagi semalam.“Wanita ini dikatakan sering meminta sedekah di kuil di Jalan Tun H S Lee dan juga di Batu Caves,” katanya.Sementara itu, menurut sumber polis, identiti mangsa belum dikenal pasti, namun dipercayai warga tempatan.Siasatan awal polis di lokasi juga tidak menemukan sebarang senjata, namun mangsa dipercayai dipukul dengan senjata tajam sehingga mengoyakkan bahagian pipinya, kata sumber itu. -Sinar harian

Tidak mungkin Mislina Mustaffa..... masa kan polis tidak kenal dengan wanita itu..... Lagi pun sekarang Mislina berusia 42 tahun. Berita di atas melaporkan wanita gelandangan yang dimaksudkan berusia 60an.

No comments: