Tuesday 19 November 2013

( VIDEO ) - ISMA SAHKAN ANWAR PERJUANGKAN NEGARA SIVIL TANPA AGAMA DAN BANGSA

AIDCNews  -  Presiden Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) berkata fahaman “liberal demokratik” yang dibawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjuruskan Malaysia ke arah sebuah negara sivil tidak beragama dan berbangsa.





“Kalau kita mengkaji dari segi pengakuan, Anwar sendiri sebagai ketua pembangkang mengisytihar dia adalah liberal demokrat, ataupun pejuang demokratik liberal. Kalau kaji dia punya ucapannya, dia pun mendokong mafhum (maksud fahaman) itu.
“Saya ikuti (perkara) ini lama, (mereka) mempromosi fahaman ini. Kalau kita tengok Buku Jingga, tidak keluar daripada mafhum liberal demokratik. Kalau kita tengok agenda DAP juga selari atau sejajar dengan faham liberal demokratik.
“Karpal secara jelas menyatakan tahaluf (kerjasama) mereka dengan PAS dan PKR berasaskan liberalisme dan pluralisme. Ini suatu yang sangat jelas, sebab itu kita lihat banyak NGO hak asasi berlindung di sebalik itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara Malaysiakini, sambil menegaskan akan berlaku “malapetaka besar” kepada bangsa Melayu sekiranya identiti “tidak berbangsa” mengambil tempat di negara ini.
Ini kerana katanya, ekoran kebimbangan kaum Melayu kehilangan kuasa dan tanah air berdaulat yang diwarisi sejak zaman berzaman.
“Bolehkah orang Melayu, kata ‘di negara China, kita buat sama rata, orang Melayu pun boleh memiliki tanah orang Cina.’ Orang Cina tak akan bagi punya. India pun begitu juga. ‘(Kalau Melayu kata) ini tanah India, tanah orang Melayu juga.’ Orang India pun tak terima.
“Tapi malang (perkara) ini dilaksanakan orang Melayu supaya orang Melayu menerima (idea itu) dan akhirnya kuasa Melayu hilang kuasa politik dan dan tanah kedaulatannya. Apa akibatnya kepada bangsa Melayu? Jadi manusia menumpang di negara sendiri,” katanya.

No comments: