Tuesday 19 November 2013

HINA MAHKAMAH - PRESIDEN PERKASA JADI BANDUAN SEHARI DAN DENDA RM20K


Ibrahim Ali dipenjara sehari, denda RM20,000 kerana hina mahkamah

KUALA LUMPUR : Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali dipenjara satu hari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini selepas didapati bersalah menghina mahkamah berhubung artikel berkaitan seorang hakim dalam kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Malaysia.

Sementara itu, penulis blog, Zainuddin Salleh diperintahkan penjara selama empat minggu atas kesalahan menghina mahkamah berhubung penerbitan artikel itu. 


Keputusan itu dibuat hakim, Datuk John Louis O'hara. BH

No comments: