Sunday 17 November 2013

SURAT BAPA KARYNA MOHON ANAK DIKECUALIKAN DARI BACA YASSIN DAN SOLAT BERJEMAAH DI SEKOLAH


Seorang bapa telah menulis surat kepada sebuah sekolah menengah di Putrajaya untuk meminta pengecualian anaknya, Karyna menyertai sebarang aktiviti keagamaan yang dianjurkan pihak sekolah seperti bacaan Yassin, solat berjemaah dan lain-lain lagi. Samaada ini permintaan Karyna sendiri atau kemahuan ayahnya tidak dapat dipastikan.

Permintaan bapa tersebut mengejutkan ramai pihak terutamanya para ibu-bapa kerana mereka menganggap aktiviti sebegitu adalah perkara yang dituntut lagi-lagi bagi sebuah keluarga Muslim.
Aktiviti keagamaan/kerohanian di sekolah sememangnya bukan termasuk dalam silibus mata pelajaran. Namun, aktiviti itu juga akan menjadi satu nilai tambah kepada pelajar yang mungkin tidak dapat dipraktikkan di rumah.
Memang benar, ibu-bapa bertanggungjawab memberikan didikan agama kepada anak-anaknya. Namun, jika bapa Karyna mempunyai “common sense” yang baik, sudah tentu akan membenarkan anaknya menyertai aktiviti seperti itu kerana pasti lebih mudah menunaikan tanggungjawab mereka. SUMBER

No comments: