Sunday 17 November 2013

AMMAR ALFIAN TAYANG BODI SASA CARI PELANGGAN ..???

ammar alfian

Dia ialah Ammar Alfian Aziz. Siapa dia tu..??? Filem KL GANGSTER 2 arahan Syamsul Yusof tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai filem yang melonjakkan namanya di dunia seni  tanahair, bergandingan dengan Rosyam Nor.



BIODATA

Nama: Ammar Alfian Aziz bin Mohd Zakri
Asal: Johor Bahru
Tarikh Lahir: 5 April 1987
Zodiak: Aries
Tinggi: 183 cm
Lakonan: Ponti Anak Remaja (Telemovie)Dimensions (Series)Tari Tirana (Series)Cheritera (Telemovie)Atilia (Series)Sirah Cinta (Series)Nur Fansuri (Series)Sahara (Series)KasanovaMetropolitan(Telemovie)
CintaLuhur Ezumin (Telemovie)Terlepas Pandang (Telemovie)Gamitan Bayu Kasih (Telemovie)
Kem Pink (Series)





Ammar Alfian Aziz berasal dari Johor Bahru merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.
Anak muda bertubuh sasa ini adalah anak kepada Profesor Mohd Zakri seorang profesor di UTM skudai mula melibatkan diri dalam dunia glamour sekitar tahun 2007 apabila terpilih sebagai finalis HERO Remaja.

Ammar atau lebih dikenali sebagai Boy ini pernah berlakon dalam beberapa buah drama 
seperti Dia Atilia,Tari Tirana,Sirah cinta,Sahara dan banyak lagi.

Boy juga adalah seorang modelling dan seorang yang meminati bidang tarian
Dia juga adalah pakwe kepada pelakon Puteri Sarah Liyana
dan pernah menimbulkan beberapa kotroversi sebelum ni yang agak 'Panas' jugak!

Selepas dikatakan menyepikan diri dari dunia glamour beberapa bulan lepas,
akhirnya boy muncul semula, kali ini bersama filem KL Gangster 2 yang sedang menjalani penggambaran ketika ini. Dikhabarkan wataknya adalah sebagai orang kanan Tailong(Rosyam Nor) seorang gangster besar di KL dalam filem ini.


Apahal pulak dengan gambar 'seksa' di atas sekali tu...???
Anda  jangan salah sangka, Ammar Alfian tunjukkan badannya yang #sasa adalah untuk mencari pelanggan kerana dia kini merupakan jurulatih gim peribadi.


Kata Ammar kepada Mstar Online:-
Saya bukannya tunjuk foto lucah pun tetapi foto-foto itu adalah aktiviti saya ketika menjalani latihan di gim dan kemudiannya, kejayaan hasil usaha saya itu, saya wajar kongsi dengan sesiapa sahaja. Diharap orang ramai tidak salah faham dengan foto-foto tersebut

Memang bagus, menjadi model untuk melariskan produk sendiri... Namun yang mengundang pelbagai reaksi negatif mungkin cara pelakon itu 'berposing'. Dengan butang seluar terbuka dan menampakkan pangkal punggung di tambah pulak posisi tangan kirinya yang begitu.... tidak mustahil jika pembaca menyangka 'pelanggan yang lain' yang dicarinya.... Apapun, semoga terus maju jaya di dalam bidang perniagaan yang diceburi..... 

No comments: