Sunday 17 November 2013

PADAH BELAJAR SILAT HANYA MELALUI #WhatsApp


Kehebatan yang diidamkan, bala pula yang bertandang. Itulah nasib dialami tiga pemuda yang cuba menggunakan jalan pintas untuk menguasai ilmu persilatan.

Fikri yang belajar silat melalui WhattsApp berbangga apabila berjaya menguasai lebih empat jenis seni mempertahankan diri Melayu itu dalam tempoh cuma dua minggu.
Begitu juga dengan Irfan yang menjadi gagah perkasa dan mahir bersilat selepas belajar membaca mantera selama tiga minggu di dalam hutan.
Fariz pula digeruni orang kampung apabila tangannya kuat bagaikan besi dan pandai bersilat selepas sebulan memakai tangkal dan menghafal jampi diajar seorang tua.


Bagaimanapun, akhirnya ketiga-tiga mereka menerima nasib sama — diserang sakit misteri hingga hampir lumpuh, muntah darah dan baran bagai orang gila — apabila ‘pendamping’ yang memberi kuasa luar biasa itu mengamuk kerana permintaannya tidak ditunaikan.

No comments: