Sunday 24 November 2013

SHARNAAZ AHMAD NEKAD BERSARA DARI LAKONAN


Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dikatakan akan menjadi naskah terkhir lakonan Sharnaaz Ahmad kerana di bakal bersara untuk selama-lamanya dari dunia seni tanahair yang menjadi sumber rezekinya sejak 5 tahun lalu.


Beliau berkata demikian menerusi pendedahan eksklusif yang dibuat Berita Minggu menerusi akhbar sisipan Bi-Pop. Sharnaaz berkata,'selepas berfikir panjang, saya ambil keputusan mahu bersara',

'Saya bukan kecewa, tapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gossip dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri.  Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi.'.

'Paling penting hati ibubapa dan adik-beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang', katanya.

Seiring dengan pengumuman persaraannya itu, Sharnaaz merancang untuk kembali bekerja dalam bidang hartanah atau industri minyak dan gas yang pernah dilakukannya sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Sebelum ini, nama Sharnaaz kerap kali dikaitkan dengan pelbagai cerita kurang enak, antaranya kisah percintaannya dengan bekas kekasih, Shila Amzah dan baru-baru ini namanya sekali lagi terpalit kontrocersi apabila dia dikatakan menjadi individu ketiga dalam hubungan pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim.

Mudah-mudahan Sharnaaz sentiasa sukses bersama kerjaya seterusnya.... 

Baca selanjutnya........di sini

No comments: