Sunday 24 November 2013

AL-FATIHAH - BEKAS ADUN JABI MENINGGAL DUNIA


BESUT 24 Nov. - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kenak (sekarang Jabi) di Setiu, Hassan Said, 75, meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi ini di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.


Allahyarham dimasukkan ke HSNZ seminggu yang lalu akibat cedera dalam kemalangan di Kampung Balik Bukit, dekat sini.

Menurut anaknya, Bahiyah Hassan, 47, bapanya juga disahkan doktor mengalami paru-paru berair dan dijangka membuat pembedahan hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Aiah Ahmad, 70, serta lapan orang anak dan jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan bandar Jertih selepas solat zuhur.

Bahiyah juga Ketua Wanita UMNO Cawangan Rumah Awam Seberang Jertih memberitanu, arwah menjadi wakil rakyat selama dua penggal bermula 1982 hingga 1990. - UTUSAN

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya......

No comments: