Monday 18 November 2013

RUPA-RUPANYA... DAH 2 TAHUN JALANI SIDEK BERNIKAH DENGAN ZALEHA

gambar kahwin

Rupa-rupanya Jalani Sidek dan Datin Seri Zaleha Mohd Khalid telah pun bergelar suami isteri sejak 2 tahun yang lalu. Namun perkahwinan tersebut terpaksa dirahsiakan daripada media massa atas permintaan nereka berdua. Berita tersebut hanya diketahui oleh ahli keluarga dan wartawan yang rapat dengan Jalani dan Zaleha.

Jadi majlis resepsi yang berlangsung 2 minggu lalu sebenarnya adalah untuk meraikan dan mengumumkan berita perkahwinan mereka. Majlis tersebut telah berlangsung di Hotel Double Tree by Hilton dengan meriah sekali. Terang Zaleha mengenai tindakan mereka merahsiakan perkahwinan:-
Terlalu sukar untuk dijelaskan kenapa kami terpaksa merahsiakan perkahwinan kami selama 2 tahun ini. Apa yang dapat saya katakan, banyak hati yang perlu dijaga terumata anak-anak dan keluarga. Disebabkan itulah, kami memerlukan masa yang betul-betul sesuai untuk mengumumkan perkahwinan selama ini.
Namun sebenarnya ramai di kalangan keluarga, saudara mara dan raka media massa sudah mengetahui, tapi mereka menghormati permintaan kami. Bukan kami mahu berselindung, tapai apabila sudah bersedia, barulah kami mengambil langkah untuk mengumumkannya.
zaleha lagi
Datin Seri Zaleha juga turut mengakui terkejut dengan kontroversi yang melanda walaupun ketika itu mereka sudah bergelar suami isteri. Tambah beliau lagi:-
Saya tidak biasa dengan dunia selebriti… tapi itulah… terkejut juga dahulu apabila wajah terpampang di akhbar (ketawa). Apa yang berlaku, saya reda walaupun tepaksa menanggung tohmahan.
Kami sebenarnya sudah berkahwin 2 tahun lalu, malah sudah 2 kali meraikan Syawal bersama. Walaupun berdepan fitnah, kami bersabar. Kami percaya kebenaran akan terbukti.
zaleha jalani
Pasti Datuk Seri Jalani Sidek dan Datin Seri Zaleha kini boleh menarik nafas lega dengan pengumuman perkahwinan mereka. Semoga berkekalan bahagia sehingga ke akhirat....
Tq - NARA

No comments: