Monday 18 November 2013

MOTIF PENCULIKAN ISTERI PELANCONG TAIWAN BERKEMUNGKINAN KERANA HARTA KEKAYAAN

Post Pic

KUALA LUMPUR : Pelancong warga Taiwan, Chang An Wei yang diculik dari sebuah resort di Pulau Pom Pom, Sabah berkemungkinan menjadi sasaran utama kumpulan lelaki bersenjata kerana menganggap wanita berusia 58 tahun itu sebagai sasaran berprofil tinggi kerana kaitannya dengan Christine Chow Mei-ching, isteri kepada Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou.
Abang kepada Chang, Da Gong memberitahu sebuah stesen TV Taiwan pada Sabtu lalu bahawa Chang dan Chow pernah bersama-sama menuntut di Sekolah Persendirian Tsai Hsing.
"Saya juga menuntut di sekolah yang sama," katanya dalam temubual itu. 
Chang dan suaminya bermungkinan menjadi sasaran utama kerana kekayaan yang dimiliki mereka. Kedua-dua mangsa dikatakan telah bersara selepas menjual kilang pakaian mereka untuk melancong ke seluruh dunia.
Jumaat lalu, kumpulan bersenjata tersebut menculik Chang selepas menembak mati suami wanita itu, Hsu Li Min, 57.
Kumpulan Abu Sayyaf dipercayai dalang utama penculikan tersebut yang bermotifkan untuk mendapatkan wang tebusan. Sekiranya mereka mengetahui spekulasi hubungan Chang dengan Chow, kumpulan tersebut mungkin akan meminta wang tebusan yang banyak untuk membebaskannya.
Kira-kira tiga minggu lalu, sumber perisikan kedua-dua pihak di perairan Malaysia-Filipina melaporkan khabar angin mengenai rancangan kumpulan Abu Sayyaf di Patikul, Jolo untuk memasuki perairan pantai timur Sabah.
Sementara itu, laman web The Liberty Times di Taiwan memetik abang kepada Hsu, Li Ren sebagai berkata, Hsu mungkin dibunuh kerana berbadan tegap.
Katanya, lelaki bersenjata itu mungkin memilih untuk melepaskan tembakan daripada bergelut dengan Hsu yang berketinggian 180cm dan mempunyai berat badan 100kg.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis percaya Chang masih lagi hidup.
Menurut beliau, pihak polis sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengesan dan menyelamatkan Chang.
Khalid berkata beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua pegawai menutup mulut dalam siasatan yang dijalankan agar tiada butiran lanjut didedahkan kerana ia boleh mengancam nyawa dan proses menyelamatkan mangsa. 

No comments: