Thursday 7 November 2013

RAMAI ARTIS PERNAH BERMUSUHAN DENGAN ZUBIR BiPOP

ohartis-zubir
Siapa tidak kenal dengan wartawan dan penulis hiburan terkenal, Zubir yang sebelum ini pernah rumahnya disimbah cat merah dan bangkai ayam. Terlalu banyak isu yang dikeluarkan Zubir ini yang pada kami merupakan satu tanggungjawab kerjanya sebagai penulis hiburan, namun adakalanya isu yang diciptanya jelas mendatangkan kebencian kepada orang ramai lebih-lebih lagi untuk golongan artis. 

Jelas, ramai artis yang terpaksa bermuka-muka di depan lelaki ini semata-mata ingin menjaga nama dan periuk nasi masing-masing. Pendek kata, Zubir ni boleh jatuhkan dan naikkan sesiapa yang dia mahu. Sangat hebat bukan?
Antara artis yang pernah bermusuhan dengan wartawan ini seperti Shila Amzah, Zain, Rozita Che Wan, Hattan, Michael Ang, Hans Isaac, Pierre Andre, Rita Rudaini, Neelofa, Anzalna, dan ramai lagi.

ohartis-wawa-zainal-aeril-zafrel-1

Aeril Zafril melalui satu post di Instagram peribadinya, mengeluarkan satu screenshot yang diambil dari WhatsApp milik Wawa Zainal yang menampakkan beberapa mesej dari Zubir mengajak Wawa keluar. Dari caption gambar tersebut, Aeril Zafrel mencela Zubir dengan menyertakan ayat ‘cliche’ yang selalu dilontarkan wartawan tersebut, “Abang boleh naik dan jatuhkan….

ohartis-zubir-aeril-zafrel-wawa-zainal

Bila ajakannya tidak bersambut…?! ayat conty yg selalu dilontarkan “abang boleh naik dan jatuhkan…”. Pandangan kalian? #matanbukti1 - Aeril Zafrel
Para peminat Aeril Zafrel jelas kecewa dengan sikap wartawan itu yang menganggap dirinya seperti Tuhan boleh menjatuhkan dan menaikkan orang serta menyekat rezeki orang lain ikut suka hatinya sahaja.
“Zubir ni mmg. Tak tahulah nak ckp ape. Tak tahulah mcm mana dia nak jawap depan Allah nanti. Sedap2 dia je kat dunia ni nak hancurkan karier org, rumahtangga org.. semualah! Menyampah. Moga dia sempat minta maaf kat semua artis yg dia dah aniaya.” – mrs_handbagshop  
“Fitnah dia ni bole rosak rmh tangga org.. ya allah ampunkan lah dosa si zubir nih.. bersabar lah Aeril & Wawa” – iena1312
“Don’t.worry, rezeki di tangan allah bukan tangan manusia. Die sendiri pun allah boleh jatuhkan dan bangunkan..just ignore him” – saramustafa92
“Kena ingat kita x mampu buat apa2 tanpa izin Nya…zubir ni dia rasa dia hebat mcm dia yg buat sume,mcm dia yg mampu naik n jatuhkan org.ni la contoh kata2 yg tanpa sedar dapat dosa free,Allah boleh jatuhkan dia anytime je”. –bob_azuan

ohartis-mesej-umminazeera-aerilzafrel-1

Baru-baru ni si Zubir ni cuba libatkan si Ummi Nazeera kononnya pernah berkahwin dengan Aeril Zafrel sebelum perkahwinannya bersama Wawa Zainal pula.
Para wartawan yang bekerja di syarikat ternama ni selalunya hanya pandai melaungkan kononnya nak menulis perlu ikut “etika kewartawanan”. OhArtis pun tak pasti kitab etika kewartawanan sesat mana yang dibacanya dan selalu sangat perasan diri hebat boleh naik dan jatuhkan orang. Jangan ingat kerana awak ada pena untuk menulis, awak boleh menulis sesuka hati sahaja tanpa menjaga hak peribadi orang lain. Perlulah pandai bezakan kehidupan peribadinya dan juga karier’nya di dalam bidang seni.
Penyanyi Hattan pernah menghentam Zubir sebelum ini dengan kata-kata “Sudahlah gemuk pendek, mahu disanjung pula“.
Hans Isaac pula pernah mencela wartawan ini melalui Twitter miliknya :

ohartis-hans-isaac-zubir-bipop
Paling penting ingat, janganlah gunakan kelebihan yang awak ada menulis di dada akhbar tu untuk menjatuhkan orang lain takut-takut nanti awak pula tersungkur terpalit tahi ayam. Heh. Jelas, Zubir harus merdekakan diri.
SUMBER : OHARTIS

1 comment:

Unknown said...

malu er, " sudahlah gemok mahu disamjung pula" ? zubir boroi pasal makan duit hasil dia aniaya artis, wahaha