Thursday 7 November 2013

BALU PENGASAS AL-ARQAM DAN 17 PENGIKUT JALANI BON BERKELAKUAN BAIK

Balu pengasas al-Arqam, 17 pengikut diperintah jalani bon berkelakuan baik
BALU pengasas al-Arqam, Hatijah Aam ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, di Gombak, hari ini. Beliau dan 17 pengikutnya diperintahkan untuk menjalani bon berkelakuan baik bersyarat selama tempoh setahun selepas mengaku salah terhadap pertuduhan melanggar arahan Mufti melalui fatwa berkenaan dengan pengharaman ajaran itu. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

GOMBAK : Balu pengasas al-Arqam, Hatijah Aam dan 17 pengikutnya diperintahkan untuk menjalani bon berkelakuan baik bersyarat selama tempoh setahun selepas mengaku salah terhadap pertuduhan melanggar arahan Mufti melalui fatwa berkenaan dengan pengharaman ajaran itu.

Beliau yang juga peneraju syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) turut didenda RM1,000 kerana mengaku salah menerbitkan buku berjudul 45 Tahun Perjuangan Abuya yang kandungannya bertentangan dengan hukum syarak. 

Hakim Syarie Kamarulzaman Ali ketika membuat keputusan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, di sini turut memerintahkan balu kepada pengasas ajaran al-Arqam yang dikenali Ummu Jah, 59, dipenjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda itu. BH

No comments: