Friday 15 November 2013

PENIAGA CEKUP JIRAN NIAGA SEDANG TABUR BAHAN ILMU HITAM

Foto

Dunia canggih hari ini, rupa-rupanya masih ada segelintir manusia yang terus taksub dengan dunia perbomohan ilmu hitam. Terkini seperti yang dilaporkan myMetro semalam adalah kejadian menabur 'bahan ilmu hitam' dengan tujuan yang pastinya kurang baik terhadap pesaing perniagaan berdekatan. Ikuti seterusnya.....
Johor Bahru : Doa seorang peniaga agar Allah memberi petunjuk selepas mengesyaki ada pihak sabotaj perniagaannya termakbul apabila dia mencekup pesaingnya sedang mengenakan ilmu hitam di kedainya di pusat penjaja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berhampiran Pekan Rabu, di sini.
BERAS kunyit, garam yang ditemui di gerai mangsa.
Abd Rahman Yusuf, 39, yang menjual makanan pada sebelah malam berkata, kejadian berlaku jam 1.30 tengah hari Isnin lalu ketika dia bersama isteri, Sopiah Mat Hussain, 40, lalu di depan gerai mereka dengan kereta.
“Ketika lalu di depan gerai kami, saya dan isteri terkejut apabila melihat seorang lelaki yang turut menjual makanan tidak jauh dari gerai kami memegang gayung berwarna biru dan menaburkan sesuatu di kawasan tapak gerai kami.

“Selepas memberhentikan kereta, saya melihat dengan jelas jiran niaga kami itu menaburkan garam dan beras kunyit di sekitar kawasan gerai kami,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Abd Rahman berkata, dia dan isteri terus menghampiri lelaki itu dan bertanya apa tujuan dia berbuat demikian. 
*** Yang peliknya.... orang Melayu beragama Islam pulak tu? Tidakkah dia mengetahui bahawa semua itu adalah menjurus kepada perbuatan syirik kepada Allah...???

No comments: