Tuesday 26 November 2013

PENDAKWAH BEBAS TEGUR TREND ARTIS KAHWIN BELANJA JUTA-JUTA

Ustazah Zawiyah Hassan
KUALA LUMPUR : KETIKA negara heboh memperkatakan tentang "Wedding of The Year" pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM13 juta, seorang pendakwah bebas memberikan peringatan ini.



“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan.

Nasihat itu dilontarkan Ustazah Zawiyah menerusi Harian Metro.

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” katanya lagi.

Tegasnya, perkahwinan merupakan suatu ibadat, namun jika majlis meraikannya dibuat secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran, bagaimana hendak mendapatkan keberkatan ALLAH.

“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda ALLAH, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.

Jelas Ustazah Zawiyah, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Namun apa yang membimbangkan kini katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran seolah-oleh sudah menjadi trend walaupun pada masa yang sama terdapat ramai orang memerlukan.

Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.

Beberapa gambar pra-perkahwinan Che Ta dan pasangannya, Zain Saidin dari NARA  :

rozita che wan

rozita che wan

No comments: