Tuesday 26 November 2013

APA ISTIMEWANYA WARDINA SAFIYYAH MENJADI AHLI PENAL MKPN

tweet wardina ag report 2012

PENUBUHAN Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang dirasmikan Perdana Menteri petang tadi, dari satu sudut adalah langkah yang baik untuk kerajaan mengumpulkan pandangan dan pendapat dalam mengukuhkan perpaduan masyarakat.


Walaupun ada yang berpandangan dengan penubuhan Majlis ini kerajaan mengakui secara tidak langsung telah gagal menyatupadukan rakyat sehingga perlu minta pandangan individu yang majoriti daripadanya berada di luar daripada sistem sedia ada untuk menasihatkan kerajaan.

Tapi penulis bersangka baik, apa pun yang menjurus kepada kebaikan (seperti dalam soal perpaduan), kita perlu sokong.

Dari satu sudut yang lain pula, penulis suka nak mempersoalkan kewajaran memasukkan individu-individu yang kita semua tahu amat kuat menentang kerajaan, sebagai ahli Majlis tersebut.

Kalau isu yang dia menentang kerajaan itu ada substance, tak mengapalah jugak, ini kadang-kadang hentam setakat boleh hentam, bukan ada isi apa sangat pun.

Contohnya, bekas artis yang sering menggunakan akaun Twitternya untuk menghentam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib sebagai korup dan tidak layak memerintah, hanya berdasarkan persepsi umum yang dihangatkan pembangkang, seperti ketirisan yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Minah ini tak tahu pun nak beza antara penyelewengan yang dilakukan kakitangan kerajaan, dengan penyelewengan yang dilakukan kerajaan, dan sekarang kerajaan jemput dia untuk jadi ahli Majlis yang bertujuan mencari perpaduan?


Bukan nak menidakkan kebijaksanaan sesiapa yang memilih totok pembangkang ini masuk ke dalam Majlis tersebut, tapi penulis melihat orang macam ini bukan tahu apa sangat pasal perpaduan.  Dia sendiri pun hentam keromo tuduh kerajaan korup hanya berdasarkan laporan Ketua Audit, lagi nak cerita apa pasal perpaduan?

Nampak macam tak berkaitan, tuduh kerajaan korup dengan soal perpaduan, tapi isunya disini adalah kematangan dalam membuat keputusan.  Lagipun yang bikin rosak perpaduan selama ini pun pembangkang juga, bukan orang lain, dan sekarang kita jemput mereka masuk dalam majlis penting seperti ini?

Silap-silap ni besok, kalau pandangannya (yang memang tak masuk akal) tidak diterima kerajaan, dia bila-bila masa sahaja boleh berhenti dan kemudian menuduh kerajaan tidak mendengar pendapat orang macam dia.

Kalau kerajaan menerima pandanganya pulak, orang yang setia menyokong kerajaan selama hari ini, sudah tentulah tak berpuas hati.

Maklumlah, takkan totok pembangkang nak bagi pandangan yang akan menguatkan kerajaan, sudah tentulah pandangan itu nanti hanya akan melemahkan lagi kerajaan.  Mana penyokong kerajaan pun tak akan suka jika itu berlaku.

Itu baru bercakap tentang bekas artis yang perasan masih popular dan ada pengikut, belum lagi kita bercakap tentang orang yang memang well trained dengan politik pembangkang macam Mujahid Rawa atau orang yang selalu bagi kenyataan bola tanggung untuk pembangkang hentam kerajaan macam Saifuddin Abdullah.

Penulis mungkin orang kecil, tidak layak mempersoalkan orang besar di atas.  Tapi penulis tidak nampak bagaimana kerajaan nak mengawal orang dengan latar belakang bercelaru macam itu.

Penulis tak kenal sebahagian besar ahli Majlis berkenaan yang lain, tapi tak perlu ramai pun untuk musnahkan hasrat baik kerajaan dengan penubuhan Majlis seumpama ini, satu dua orang pun dah cukup.

Apa sekalipun, penulis ucapkan selamat berjayalah.  Kerajaan jangan risau, bila orang-orang ini membelot besok, penulis dan rakan yang seangkatan akan berada disini untuk membela kerajaan dari kritikan yang bakal dibuat.

Tak percaya?  Ingat sajalah tajuk artikel ini, senang nak rujuk bila masanya sampai.

p/s Semua gambar dalam artikel ini hanyalah hiasan semata-mata dan dipetik dari sumber terbuka tanpa sebarang pengubahsuaian. MyKMU

No comments: