Friday 8 November 2013

MAJLIS SYURA ULAMA PAS AKAN DIBUBARKAN ....???


SHAH ALAM : Sebuah laman sosial Facebook mendedahkan, terdapat usaha licik dilakukan oleh pihak tertntu untuk menghapuskan Majlis Syura Ulama Pas.


Menurut laporan yang disiarkan dalam Facebook itu baru-baru ini, AJK Pas Pusat didakwa tidak mematuhi keputusan ditetapkan majlis syura dan mereka seolah-olah mengambil langkah 'menutup mata'.

'Contohnya dalam 'dhawabit tahaaluf' yang telah ditetapkan oleh majlis syura ulama, PAS perlu dominan dalam PR terutamanya dalam PRU13 baru-baru ini.

'Tetapi yang berlaku sebaliknya, apabila pembahagian kerusi didakwa banyak diselesengkan dan 'dijual' kepada PKR,' menurut laporan yang dipetik daripada laman sosial tersebut.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, pihak yang cuba berselindung menggunakan Facebook itu membuat kesimpulan tersebut berdasarkan petikan sebahagian kenyataan AJK Kerja PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Berdasarkan Facebook itu, Dr. Siti Mariah dilaporkan berkata, '....saya melihat cadangan untuk melantik presiden dan timbalan presiden di kalangan ulama bukan satu keputusan yang bijak. Kita dah ada majlis syura ulama yang menjadi landasan kepatuhan serta memandu kepada presiden dan jawatan kuasa PAS Pusat.  Oleh yang demikian, siapa pun yang jadi pimpinan pastinya tertakhluk kepada nasihat dan garis panduan  majlis syura ulama.  Sekiranya tidak, lebih baik BUBARKAN sahaja badan yang lebih besar itu (majlis syura ulama....,'

Kesimpulan itu mendapat maklum balas negatif daripada pengikut laman sosial berkenaan kerana didakwa melaga-lagakan orang dalam parti.

Sementara itu Dr. Siti Mariah, yang juga Ahli Parlimen Kota Raja ketika dihubungi berkata, Facebook itu sudah disenaraikan sebagai Facebook yang cuba melaga-lagakan pimpinan PAS dan juga ahli politik.

'Kita tak tahu siapa sebenarnya di belakangnya (Facebook itu). Saya tak nak respons dan beri komen lebih lanjut mengenai isu ini.'

'Saya silakan dia buat fitnah lagi. Teruskan. Kalau dia berani, dia kena buat tuduhan dan perkenalkan identiti.,' katanya.

No comments: