Sunday 3 November 2013

MAHFUZ SIBUK PASAL SUMBANGAN BN, APA PULA SUMBANGAN PAS.... ???


Semalam, PAS dalam satu sidang media mendakwa kerajaan BN berbelanja sebanyak RM15.15 juta sepanjang tempoh  berkempen Pilihan Raya Kecil Sungai Limau.

Menurut Pesuruhjaya PAS negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar jumlah keseluruhan perbelanjaan tersebut diperoleh menerusi  pengumuman projek dan bantuan oleh pemimpin BN di Sungai Limau.

Perbelanjaan tersebut antaranya ialah peruntukan RM5.5 juta kepada sekolah menengah agama; RM1.2 juta kepada 12 buah sekolah lain;  program Bantuan Azam Tani Mara (RM802,700); bantuan zakat Agrobank (RM19,700); pinjaman Tekun (RM30,000); peruntukan masjid Simpang Empat (RM300,000); sumbangan kepada guru KAFA dan 33 masjid lain (RM118,000); bantuan baiki rumah (RM1 juta); pemberian cermin mata (RM1.18 juta); peruntukan jeti perikanan (RM500,000); peruntukan tukun tiruan (RM2.5 juta); dan RM2 juta untuk peruntukan Sekolah Jenis  Kebangsaan Cina.

Selain itu, Mahfuz juga mendakwa sumbangan dalam bentuk anak pokok, baja, anak ayam, buku agama, set pembesar suara,  minyak masak dan sabun mandi juga diberikan kepada penduduk kampung sekitar Sungai Limau. - TMI


Mahfuz sangat sibuk mengumpul dan menjumlahkan serta mewar-warkan sumbangan yang dihulurkan oleh BN di Sg. Limau, tetapi mungkin tertinggal dan terlupa untuk  menyebut sumbangan dari pihak Pas. Mungkin jumlah sumbangannya terlalu besar sehingga tiada kalkulator yang mampu nak menghitungnya....itu pun kalau Pas ada buat sumbangan...heh!!!

Itu angka sehingga hari Sabtu, jadi saya harap Mahfuz teruskan menghimpun maklumat sumbangan BN itu hingga hari esok, hari terakhir kempen. Tolong ya ... Datuk, kata sahabat blogger aku....

No comments: