Sunday 3 November 2013

ZARA ZYA TIDAK MAHU 'PERASAN'.....

Foto

Bahang populariti makin dirasai pelakon baru, Zara Zya, 28, apabila diberi kepercayaan menjadi teraju utama siri Love You Mr Arrogant. Telatahnya yang comel dan bersahaja ketika menjayakan watak Zaara Amirah menarik perhatian hingga namanya mula jadi sebutan.




Walaupun berkecimpung di pentas lakonan sejak 10 tahun lalu, wanita bertubuh kecil ini hanya mula serius sejak empat tahun lalu. 

Zaya akui perubahan ketara dilalui apabila membintangi siri yang turut dijayakan Azlee Khairi, Hanez Suraya, Keith Foo, Norish Karman dan Mustapha Kamal.

Dengan rendah diri, Zara mengatakan tidak mahu mendabik dada dengan perhatian dan kepercayaan diberi, sebaliknya menjadikan ia sebagai motivasi untuk memperbaiki diri dan membuktikan bakatnya setaraf dengan pelakon sedia ada.


“Memang sudah lama saya bergelar pelakon tetapi dulu tidak terlalu aktif kerana ingin memberi tumpuan pada pelajaran. myMetro

No comments: