Tuesday 22 October 2013

KESESATAN AJARAN SYIAH


ANCAMAN SYIAH TERHADAP KESELAMATAN NEGARA (MALAYSIA)

Islam sunni (Ahli Sunnah Wal Jamaah) - yang selepas ini akan disebut sebagai ASWJ, menghadapi ancaman akidah kontemporari dari beberapa fahaman yang mendakwa PALING BENAR di antara segala macam ajaran yang berkaitan Islam. 




Ancaman itu adalah : Syiah, Salafi Wahhabi, Al-Arqam/GISB, Hisbut Tahrir dan ajaran sesat. Kesemua ancaman itu, percaya kiblat yang satu, Allah yang sama, Al-quran yang sama tetapi ajaran dan fahaman akidah yang diamalkan setiap darinya berbeza. Demikian menurut Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari di dalam pembentangan kertas kerja 'Bahaya Syiah kepada Individu, Negara dan Agama' di dalam PROGRAM PENERANGAN KESESATAN SYIAH  di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung, pada 21 Oktober 2013.





SYIAH adalah istilah yang diberikan kepada golongan yang fanatik dan terlalu mendewakan Sayyidina Ali dan keturunannya. Syiah  ialah salah satu aliran dalam Islam  selain daripada Sunni.  Secara umum, Syiah mengikuti Islam berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW dan Ahlul Bait-nya kerana menolak hadis yang berlawanan dengan kepercayaan mereka. Syiah nampak seperti Islam tapi bukan Islam, berpura pura (bertaqiyyah) memperjuangkan Islam tapi menyesatkan umat Islam. 

Syiah tidak didefinasikan sebagai mazhab. Ia hanyalah satu aliran pemikiran sama seperti Al-Arqam yang memanipulasi semua ijma' ulamak kerana nafsu dan kepentingan diri.

Di Malaysia terdapat  beberapa kumpulan Syiah yang berkembang sejak beberapa tahun lalu.
  1.  Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra) – Kumpulan ini berasal dari India dan mereka dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Mereka berpusat di daerah Klang mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri.
  2.  Syiah Ismailiah – Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang dan mempunyai jumlah yang lebih kecil dari kelompok Bohra. Kumpulan ini juga mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika.
  3. Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah juga dikenali sebagai Imam 12 – Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979 iaitu selepas Revolusi Iran. Ianya berpunca daripada pengaruh buku-buku dan individu-individu seperti pensyarah di IPT. Buku-buku Syiah juga telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq.  Golongan ini juga menjadi kumpulan minority di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.
  4. Syiah Zaidiyah  -  Kumpulan yang dikenali sebagai Imam Lima dan ia berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah.


Terdapat 17 doktrin atau ajaran Syiah yang tersembunyi dari kaum muslimin terutama dari golongan ahli sunni (Ahli Sunnah Wal Jama'ah) sebagai sebahagian dari pengamalan doktrin taqiyyah(menyembunyikan Syiahnya). Kesemua tujuh belas doktrin rahsia ini terdapat dalam kitab-kitab suci Syiah seperti kitab Usuhulu Kaafi dan Rijalul Kashi. Ajaran ini juga bertangungjawab dalam mengubah keaslian dan kesucian Qalamuallah Al Quranul Karim. Berikut adalah antara doktrin-doktrin yang sesat lagi menyesatkan itu :
  1. Dunia dengan seluruh isinya adalah milik para imam Syiah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikehendaki dan mencabutnya dari siapa yang dikehendaki(Ushulul Kaafi, hal.259, Al-Kulaini, cet. India).Jelas Doktrin semacam ini bertentangan dengan firman Allah SWT QS: Al-A’raf 7: 128, “Sesungguhnya bumi adalah milik Allah, Dia dikaruniakan kepada siapa yang Dia kehendaki”. Kepercayaan Syiah diatas menunjukkan penyetaraan kekuasaan para imam Syiah dengan Allah dan doktrin ini merupakan aqidah syirik.
  2. Ali bin Abi Thalib yang diklaim sebagai imam Syiah yang pertama dinyatakan sebagai dzat yang pertama dan terakhir, yang dhahir dan yang bathin sebagaimana termaktub dalam surat Al-Hadid, 57: 3 (Rijalul Kashi hal. 138).Doktrin semacam ini jelas merupakan kekafiran Syiah yang berdusta atas nama Khalifah Ali bin Abi Thalib. Dengan doktrin semacam ini Syiah menempatkan Ali sebagai Tuhan. Dan hal ini sudah pasti merupakan tipu daya Syiah terhadap kaum muslimin dan kesucian aqidahnya.
  3. Para imam Syiah merupakan wajah Allah, mata Allah dan tangan-tangan Allah yang membawa rahmat bagi para hamba Allah (Ushulul Kaafi, hal. 83).
  4. Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib oleh Syi’ah dikatakan menjadi wakil Allah dalam menentukan surga dan neraka, memperoleh sesuatu yang tidak diperoleh oleh manusia sebelumnya, mengetahui yang baik dan yang buruk, mengetahui segala sesuatu secara rinci yang pernah terjadi dahulu maupun yang ghaib (Ushulul Kaafi, hal. 84).
  5. Keinginan para imam Syiah adalah keinginan Allah juga (Ushulul Kaafi, hal. 278).
  6. Para imam Syiah mengetahui kapan datang ajalnya dan mereka sendiri yang menentukan saat kematiannya karena bila imam tidak mengetahui hal-hal semacam itu maka ia tidak berhak menjadi imam (Ushulul Kaafi, hal. 158).
  7. Para imam Syiah mengetahui apapun yang tersembunyi dan dapat mengetahui dan menjawab apa saja bila kita bertanya kepada mereka karena mereka mengetahui hal ghaib sebagaimana yang Allah ketahui (Ushulul Kaafi, hal. 193).
  8. Allah itu bersifat bada’ yaitu baru mengetahui sesuatu bila sudah terjadi. Akan tetapi para imam Syi’ah telah mengetahui lebih dahulu hal yang belum terjadi (Ushulul Kaafi, hal. 40).Menurut Al-Kulaini (ulama besar ahli hadits Syiah), Bahwa Allah tidak mengetahui bahwa Husein bin Ali akan mati terbunuh. Menurut mereka Tuhan pada mulanya tidak tahu karena itu Tuhan membuat ketetapan baru sesuai dengan kondisi yang ada. Akan tetapi imam Syiah telah mengetahui apa yang akan terjadi. Oleh sebab itu menurut doktrin Syiah Allah bersifatbada’ (Ushulul Kaafi, hal. 232).
  9. Para imam Syiah merupakan gudang ilmu Allah dan juga penerjemah ilmu Allah. Para imam Syiah bersifat Maksum (Bersih dari kesalahan dan tidak pernah lupa apalagi berbuat Dosa). Allah menyuruh manusia untuk mentaati imam Syiah, tidak boleh mengingkarinya dan mereka menjadi hujjah (Argumentasi Kebenaran) Allah atas langit dan bumi (Ushulul Kaafi, hal. 165).
  10. Para imam Syi’ah sama dengan Rasulullah Saw (Ibid).
  11. Yang dimaksud para imam Syi’ah adalah Ali bin Abi Thalib, Husein bin Ali, Ali bin Husein, Hassan bin Ali dan Muhammad bin Ali (Ushulul Kaafi, hal. 109)
  12. Al-Qur’an yang ada sekarang telah berubah, dikurangi dan ditambah (Ushulul Kaafi, hal. 670). Salah satu contoh ayat Al-Qur’an yang dikurangi dari aslinya yaitu ayat Al-Qur’an An-Nisa’: 47, menurut versi Syi’ah berbunyi: “Ya ayyuhalladziina uutul kitaaba aaminuu bimaa nazzalnaa fie ‘Aliyyin nuuran mubiinan”. (Fashlul Khitab, hal. 180).
  13. Menurut Syiah, Al-Qur’an yang dibawa Jibril kepada Nabi Muhammad ada 17 ribu ayat, namun yang tersisa sekarang hanya 6660 ayat (Ushulul Kaafi, hal. 671).
  14. Menyatakan bahwa Abu Bakar, Umar, Utsman bin Affan, Muawiyah, Aisyah, Hafshah, Hindun, dan Ummul Hakam adalah makhluk yang paling jelek di muka bumi, mereka ini adalah musuh-musuh Allah. Siapa yang tidak memusuhi mereka, maka tidaklah sempurna imannya kepada Allah, Rasul-Nya dan imam-imam Syiah (Haqqul Yaqin, hal. 519 oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi).
  15. Menghalalkan nikah Mut’ah, bahkan menurut doktrin Syiah orang yang melakukan kawin mut’ah 4 kali derajatnya lebih tinggi dari Nabi Muhammad Saw. (Tafsir Minhajush Shadiqin, hal. 356, oleh Mullah Fathullah Kassani).
  16. Menghalalkan saling tukar-menukar budak perempuan untuk disetubuhi kepada sesama temannya. Kata mereka, imam Ja’far berkata kepada temannya: “Wahai Muhammad, kumpulilah budakku ini sesuka hatimu. Jika engkau sudah tidak suka kembalikan lagi kepadaku.” (Al-Istibshar III, hal. 136, oleh Abu Ja’far Muhammad Hasan At-Thusi).
  17. Rasulullah dan para sahabat akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Imam Mahdi sebelum hari kiamat akan datang dan dia membongkar kuburan Abu Bakar dan Umar yang ada didekat kuburan Rasulullah. Setelah dihidupkan maka kedua orang ini akan disalib (Haqqul Yaqin, hal. 360, oleh Mullah Muhammad Baqir al-Majlisi).
Kesemua 17 doktrin Syiah di atas, apakah boleh dianggap sebagai aqidah Islam sebagaimana dibawa oleh Rasulullah Saw. dan dipegang teguh oleh para Sahabat serta kaum Muslimin yang hidup sejak zaman Tabi’in hingga sekarang? Adakah orang masih percaya bahwa Syiah itu sebahagian dari umat Islam? Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad, barangsiapa yang tidak MENGKAFIRKAN aqidah Syiah ini, maka dia termasuk Kafir.
BAHAYA DAN PENYELEWENGAN SYIAH TERHADAP AGAMA :
  • PENYELEWENGAN AQIDAH :
  1. Khalifah diwasiatkan khas kepada Sayyidina Ali - mengangkat darjat imam sehingga setaraf dengan para nabi dan rasul, mereka juga mendakwa bahawa imam turut menerima wahyu sebagaimana para nabi dan rasul walaupun cara menerima wakyu tersebut berbeza.
  2. Al-Quran dianggap tidak sempurna - Al-Quran yang ada sekarang bukan lah yang asli, isinya telah ditokok tambah dan diubah-ubah mengikut keperluan. Bagi mendakwa bahawa naskhah Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW tidak boleh dijadikan pegangan.
  3. Imam adalah maksum berdasarkan nas. Mereka mendakwa nas Perlantikan Sayyidina Ali sebagai imam sebenarnya terdapat Al-Quran, namun para sahabat telah membuangnya daripada Al-Quran. 
  4. Mencela para sahabat dan isteri Nabi Muhammad SAW...
  5. Menghalalkan nikah mut'ah - lelaki boleh nikah lebih dari 4 dengan tempoh paling minima 15 minit dan 'urusniaga' itu hanya dikendalikan oleh seorang ustaz Syiah. Nikah dianggap sah hanya dengan kehadiran 3 orang (pasangan yang bernikah dan ustaz Syiah) tanpa kehadiran wali dan saksi.
  6. Menamba Ucapan syahadah dengan 4 Syahadah : Lailahaillallah...., Muhammad pesuruh Allah, Ali waliyul as dan Al-Khumeini hujjatullah.
  7. Syiah menghina Kaabah dan Mekah - di dalam Kitab Wasail Al-Shifa karya asal Sheikh Muhammad bin Al-Hassan al-Hurr, al-amili menyatakan bahawa tanah Karbala lebih suci dari tanah di Mekah.
  8. Imam lebih hebat dari Nabi SAW dan mempunyai kuasa mutlak serta maksum - boleh mengkafirkan sesiapa sahaja sesuka hati, tidak pernah melakukakn kesalahan.
  9. Memohon ampun bukan kepada Allah swt, tetapi cukup dengan sujud kepada Fatimah Az-Zahra (niatkan dalam hati) dan dosa akan terampun.
  10. Menganggap semua anak adalah anak zina kecuali dari kalangan Syiah.
  11. Mempercayai kemunculan Imam Mahadi bersama orang telah mati untuk memberi keadilaan.
  12. WAJIB TAQIYYAH iaitu Berpura-pura iaitu menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut kemudaratan diri walaupun yang disembunyikan itu perkara benar.


  • PENYELEWENGAN SYARIAT :
  1. Menolak Ijmak Ulama - Ijmak Ulama adalah Kesepakatan semua mujtahid umat Muhammad SAW setelah wafat baginda, di suatu masa tertentu atas suatu permasalahan keagamaan. 'Ijmak' pula adalah kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama dengan merujuk pada al-Qur'an dan al-Hadis. Kedudukan Ijma' dalam fiqh islam  merupakan salah satu sumber dalil Syar’i yang disepakati oleh para Ulama. 
  2. Menolak Qias - Syiah menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli Sunnah wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya.  Syiah hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh perawi Ahli Bait.  Menurut Syiah hadis bukan semata-mata dari Nabi tetapi dari Imam Dua Belas yang maksum.  Nilai perkataan imam yang maksum senilai dengan wahyu dan sabda nabi.
  3. Menghalalkan nikah mut'ah - Untuk menggalakkan amalan tersebut, golongan Syiah merekacipta hadis-hadis palsu yang disandarkan kepada Imam dua belas mereka.  Antara hadis palsu tersebut adalah -  (I)  Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa keluar dari dunia ini dalam keadaan tidak pernah melakukan kahwin mutaah dia akan datang pada hari akhirat dalam keadaan rompong". (II)  Dalam kitab Tahzib al-Ahkam, jilid 7, halaman 254 ada menyebut bahawa kahwin mut'ah tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan.




  • PENYELEWENGAN UMUM :

  1. Menziarahi kubur Saidina Hussain ganjarannya syurga
  2. Menyeksa tubuh badan sendiri sempena Hari Asyura 10 Muharram - sebagai meratapi
  3. Mengharuskan solat jamak dalam setiap keadaan - solat puak Syiah hanya 3 kali sehari semalam iaitu dengan menjamakkan Zohor dengan Asar, Maghrib dengan Isyak dan solat Subuh (tiada jamak). 
  4. Menghina Isteri-isteri Nabi  
  5. Sembahyang duha adalah bidaah
  6. Islam bukanlah syarat wajib Haji
  7. Apabila berwudhu' wajib menyapu kedua-dua kaki tetapi bahagian atas dan tapak kaki sahaja dan tidak memadai dengan membasuh kedua-duanya.








AQIDAH IMAMAH DAN AL-WALAYAH
Kepercayaan bahawa Imam-imam 12 dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah maksum serta wajib ditaati. Bagi Syiah kepercayaan ini adalah salah satu daripada rukun Islam. Setiap nabi yang datang elah mengakui keimanan dan walayah Ali dan sesiapa yang tidak mengenali imam-imamnya dianggap tidak mengenai Allah.
  • SYIAH  -  Menurut Al-Wasail Jilid 2 halaman 20 : al-Kulaini meriwayatkan dari Fudhail dari Ja'far a.s kata beliau "Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu, sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah.  Tidak ada satu pun daripada rukun-rukun yang disebut yang diseru sebagaimana seruan yand diberikan kepada Al-Walayah. Lalu manusia mengambil keempat-empatnya dan meninggalkan yang ini iaitu walayah". 
  • ASWJ (SUNNI) - Daripada Abi Abdul Rahman Abdillah bin Umar bin Al-Khattab r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda "Islam didirikan atas lima perkara iaitu bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan" (Riwayat al-Bukhari & Muslim)



BAHAYA KEPADA SYARIAT 
AMALAN MASUK SYURGA : Syiah menyatakan bahawa semua amalan tidak penting asalkan seseorang itu sudah mempunyai perhubungan kasih-sayang dengan para imam-imam Syiah.
  • SYIAH  -  Al-Rudh Jilid 8 halaman 8 - Mereka meriwayatkan bahawa Ja'far as-Sodiq berkata kepada golongan Syiah "Ketahuilah demi Allah! Tidak akan masuk ke dalam neraka dua orang pun dari kalangan kamu. Tidak! Demi Allah! Tidak seorang pun"  
  • ASWJ (SUNNI)  -  Surah al-Namlu ayat 39 "Seseorang akan diberi balasan dan ganjaran mengikut amal yang dilakukan olehnya". 
  •  SYIAH  -  Al-Rudh Jilid 8 halaman 315 - Ja'far as-Sadiq berkata kepada Syiah "Sesungguhnya suratan amalan setiap orang dari kamu akan dipenuhkan dengan pahala tanpa sebarang amalan".
  •  ASWJ (SUNNI) - Surah al-Muddatsir ayat 38 - "Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya".
KAHWIN MUT'AH : Kahwin Mut'ah ialah kahwin yang berkontrak. Meminjam dan menyewakan seks (perempuan). Kawin Mut'ah ini pernah diperbolehkan oleh Rasulullah dalam suatu pertempuran mengingat keadaan psikologis tentara, kemudian dilarang dan akhirnya diharamkan menurut Ahlus Sunnah. Tetapi orang Syiah tidak mengakui bahwa Rasulullah telah melarangnya. Mereka mengatakan diperbolehkan berlang­sung terus. Dan oleh karena Umar r.a. melarang sangat keras perkawinan mut'ah, maka orang Syiah memperbolehkannya dengan tegas pula.
  • SYIAH -   Man Laa Yahdhuruhul Faqih jilid . 3. halaman 458, Al-Kulaini meriwayatkan dan Ja'far bin Muhammad al-Baqir bahawa beliau berkata (bermaksud) "Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj'ah (kebangkitan semula kami para Imam sebelum kiamat untuk menghukum orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut'ah kita".
  • ASWJ (SUNNI)  -  Kahwin mut'ah pernah diharuskan, kemudiannya telah dilarang. Kemudain diharuskan semula dan dilarang kembali. Pengharamannya ditetapkan hingga hari kiamat. Ali bin Abi Thalib r.a "Sesungguhnya Rasulullah saw melarang nikah mut'ah dan memakan daging himar jinak pada perang khibar" (Hadis Riwayat Bukhari 5115, Muslim 1407)





Bila ibubapa Syiah.....anak-anak pun akan diSyiahkan juga..... kesian mereka menanggung kesakitan...


BAHAYA KEPADA  AKHLAK

KEBIADABAN DAN PENGHINAAN :
  • TERHADAP NABI DAN RASUL  :  Al-Kulaini menyebut bahawa darjat Imamah adalah lebih tinggi dari darjat kenabian dan kerasulan.  Al-Kulaini telah berdusta atas nama Ja'far as-Sodiq, bahawa beliau berkata :  "Sesungguhnya Allah menjadikan Ibrahim sebagai nabi sebelum menjadikan rasul dan sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai khalil sebelum menjadikannya sebagai imam' Kitab al-Hajah Min al-Kafi jilid 1 halaman 175. 
  • TERHADAP SAHABAT-SAHABAT RASULULLAH SAW  :  Al-Kulaini meriwayatkan bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Nabi kecuali 3 orang dari mereka iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi. Al-Rudhoh Min al-Kafi, jilid 8 halaman 245. 
  •  TERHADAP ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW :  Al-Aisyyasyi telah meriwayatkan dengan sanad yang muktabar kononnya dari Imam Ja'far Sodiq bahawa Aishah dan Hafsah telah mensyahidkan Rasulullah dengan meracuni Baginda ( Hayat al-Qulub bab yang ke 55 menyatakan 'kecelakaan Aisyah dan Hafsah' jilid 2 halaman 601-612).
SIFAT TAQIYYAH : Taqiyyah ialah berdusta dan berbohong untuk menyembunyikan aqidah atas dasar tipu muslihat.
  • Al-Kafi Jilid 2 Halaman 223 -  al-Kulaini meriwayatkan dari Ja'far as-Sodiq berkata "Taqiyyah adalah di antara ajaran agamaku dan agama nenek moyangku.  Tiada agama bagi orang yang tidak mengamalkan taqiyyah". 
  •  al-Aswal Min al-Kafi Jilid 2 Halaman 217 -  al-Kulaini meriwayatkan dari Abi Abdillah beliau berkata "Allah mengangkat darjat orang yang mempunyai taqiyyah dan merendahkan orang yang tidak mempunyai taqiyyah".
Anak-anak yang tidak mengerti apa-apa turut menjadi mangsa ritual syiah...

BAHAYA KEPADA UMMAH

SYIAH MENDAKWA BAHAWA :
  • AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ADALAH KAFIR  -  Ibnu Babwaih al-Qummi yang dianggap sebagai Syeikh Shaduq (syeikh yang sangat benar) berkata "Orang yang tidak menerima (tidak mempercayai) Imam Ghaib adalah lebih kafir dari iblis" (Akmal al-Din, Halaman 13). 
  •  AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ADALAH ANAK ZINA  -  al-Kulaini meriwayatkan bahawa manusia semuanya adalah anak zina kecuali syah kita ( al-Rudhoh Min al-Kafi, Halaman 135).
KEGANASAN AKAN BERLAKU DI KALANGAN UMMAH
Syiah menganggap orang-orang Islam dari kalangan ASWJ (sunni) halal darahnya dan harus dibunuh terutama dengan cara yang tidak diketahui oleh sesiapapun.
  • Biharu a-Anwar, Jilid 27, Halaman 231  -  Diriwayatkan dari Daud bin Furqad katanya "Aku berkata kepada Abi Abdillah a.s apa katamu tentang membunuh Nasibi (Nasibi ialah gelaran yang diberikan oleh Syiah kepada orang yang tidak beriman kepada imam-imam Ahlul al-Bait sebagaimana pegangan mereka. Golongan yang dimaksudkan di sini ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah)..?"   Beliau berkata "Halal darahnya tetapi aku bimbangkan dirimu, sekiranya engkau boleh merobohkan dinding ke atasnya ata engkau menenggelamkannya di dalam air supaya tiada sesiapun menyaksikan pembunuhan itu maka lakukanlah".

BAHAYA KEPADA NEGARA
Perpecahan akan berlaku di kalangan umat Islam, di zaman permulaan Islam, hasil fitnah yang dicetuskan oleh mereka. Contohnya :
  • Gerakan Ibu Saba' yang mencetuskan huru hara di dalam khalifah Islam di zaman Sayyidina Uthman.
  • Peperangan saudara yang dicetuskan oleh mereka di dalam peperangan Jamal (yang pertama seumpamanya di dalam sejarah Islam), peperangan Siffin dan sebagainya. 
  • Kejayaan pengikut Syiah yang ditunjangi oleh Ayatullah Ruhollah Khomeini telah menumbangkan Shah Iran lalu menubuhkan Republik Islam Iran dalam Revolusi Iran dalam tahun 1979.
  •  Jumlah hampir 65% daripada penduduk Iraq yang berfahaman Syiah telah menyebabkan persengketaan kedua-dua puak Sunni dan Syiah dan telah menghancurkan negara tersebut.
  • Iran juga membiayai persenjataan militia Hizbullah yang pro Syiah di Lubnan. Manakala Iran bersama regim Bashar al-Assad yang berfahaman Syiah aliran Alawiyyah yang kini memerangai puak Sunni dan Kurd dalam peperangan saudara yang tiada kesudahannya di Syria.

 

PERBEZAAN ASWJ DAN SYIAH
Antaranya ialah :  


BIL
AHLI SUNNAHSYIAH
1
Al-Quran adalah terpelihara dan bebas daripada kekurangan mahupun penyelewengan.Al-Quran yang ada sekarang ada kekurangannya dan terseleweng.
2
Beriktiqad bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan pada apa yang datang daripada Nabi SAW.Berpendapat penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan daripada apa yang telah diriwayatkan ahli al-bait dengan riwayat-riwayat yang mencela para sahabat dan mendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta imam selepasnya.
3
Al-Quran diturunkan sepenuhnya ke atas Rasulullah SAW, tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya.Beriktiqad bahawa di sana ada mashaf yang diturunkan selepas kewafatan Nabi SAW dan dinamakan mashaf Fatimah.
4
Sunnah Nabi adalah apa saja yang datang daripada Nabi sama ada percakapan, perbuatan mahupun taqrir.Mengatakan bahawa percakapan Imam 12 seperti firman Allah Taala dan Sabda Rasulullah SAW . Meriwayatkan daripada mereka sama seperti meriwayatkan hadith daripada Nabi kerana mereka juga maksum.
5
Syariat Islam adalah sempurna.Bahawa Rasulullah SAW menyampaikan sebahagian daripada Syariat sahaja sedangkan sebahagiannya disembunyikan dan ditinggalkan pada Imam Ali.
6
Menerima periwayatan sahabat r.a kerana mereka adil dan thiqah (dipercayai).Menolak periwayatan sahabat, mereka beriktiqad bahawa para sahabat semuanya menipu seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub.
7
Menerima semua hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim serta kitab-kitab hadith sahih yang lain.Tidak berpegang dengan kitab-kitab hadith Ahli Sunnah melainkan yang ada persamaan dengan aqidah pegangan mereka.
8
Berpegang dengan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak sebagai prinsip asas kepada Syariat Islam.Tidak percaya kepada Ijmak sama ada dari sahabat mahupun selain mereka tanpa kewujudan orang yang maksum bersama mereka.
9
Tiada yang maksum melainkan Rasulullah SAW, para anbia dan rasul-rasul terdahulu.Para Imam-imam adalah maksum dan kemaksuman mereka adalah perkara dasar dalam prinsip Imamah. Imam tidak akan terkena dosa sama ada sengaja atau tidak.
10
Mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada para Nabi dan Rasul adalah satu bukti kebenaran.Mukjizat hanya untuk para imam, mereka mampu menghidupkan yang mati, menyembuhkan penyakit bisu, kusta serta mereka memiliki semua mukjizat yang dimiliki oleh para Nabi.
11
Tiada yang mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan Allah SWT.Para imam mengetahui perkara-perkara ghaib, tidak terhijab daripada mereka ilmu-ilmu apa yang di langit, di bumi, di syurga dan neraka.




1.  AL-QURAN

  • AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Sepakat atas kebenaran al-Quran dan terpelihara daripada sebarang tambahan dan kekurangan. Beriman dengan setiap huruf dan beriman bahawa sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah SWT bukan baharu dan bukan makhluk.

Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah kitab yang terakhir daripada Allah kepada manusia tanpa sebarang penyelewengan atau berlaku penukaran sama ada pada masa lalu atau masa akan datang sehinggalah berlakunya hari Kiamat.

Al-Quran yang berada di tangan kaum muslimin ini (Mushaf Uthmaniyah) terjamin daripada kekurangan atau penambahan tidak seperti kitab-kitab diturunkan sebelum ini iaitu Zabur, Taurat dan Injil selepas ketiadaan Nabi Daud a.s , Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s.

Pemeliharaan kitab suci al-Quran itu juga dijamin oleh Allah sebagaimana firman-Nya dalam ayat ke-9 Surah al-Hijr yang bermaksud; "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami yang memeliharanya."

Ringkasnya, al-Quran terpelihara daripada segala keburukan dan menjadi sumber paling utama kepada umat Islam.

  • SYIAH
Mereka menuduh ke atas kebenaran iaitu al-Quran ada yang telah ditambah dan dikurangkan. Jika berlawanan dengan iktikad mereka, pendapat imam-imam adalah antara sumber utama di sisi mereka.

Antara penyelewengan yang dikemukakan oleh pendapat Syiah berhubung pertambahan dan pengurangan al-Quran ialah wujudnya 'surah al-Wilayah'. Surah itu menyebut tentang kewalian Saidina Ali bin Abu Talib sebagai imam selepas Rasulullah SAW.

Kewujudan surah ini dinyatakan oleh seorang ulama Syiah yang bernama alHaj Mirza Husain ibn Muhammad yang meninggal dunia pada tahun 1320 hijrah di dalam bukunya bertajuk (maksud) 'Pembuka kata dalam menetapkan penyelewengan dalam kitab Tuhan segala Tuhan (al-Quran)' pada muka surat 180. Kitab ini juga mengumpulkan beratus-ratus dalil daripada ulama Syiah pada setiap zaman bahawa al-Quran telah ditambah dan dikurangkan.

2.  AL-HADIS

  • AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Hadis adalah sumber kedua dalam syariat Islam selepas al-Quran. Fungsi hadis adalah untuk mentafsirkan ayar-ayat al-Quran.

Segala hukum-hakam yang ditetapkan di dalam hadis yang sahih riwayatnya daripada Rasulullah adalah tidak dibenarkan. Kesahihan hadis ditentukan melalui kaedah-kaedah yang disepakati oleh ulama-ulama hadis.

Caranya adalah dengan mengkaji kebenaran riwayat sanad hadis tanpa membezakan antara perawi lelaki mahupun perempuan. Tiap-tiap perawi hadis diketahui sejarah hidupnya.

Hadis yang diriwayatkan oleh seorang pendusta tidak diterima dan begitu juga orang yang tidak diketahui sejarah kehidupannya.

Hadis juga tidak diterima semata-mata atas dasar hubungan keluarga . Ini semua bertujuan untuk memelihara kedudukan, kemuliaan serta kesahihan hadis.

Sehubungan itu riwayat hadis adalah satu amanah yang berat lagi mulia mengatasi segala-galanya.

  • SYIAH
Tidak berpegang kepada hadis melainkan hadis-hadis diriwayatkan oleh kaum keluarga Rasulullah dan sebahagian hadis-hadis yang diriwayatkan oleh penyokong-penyokong Ali dalam medan politik.

Mereka menolak hadis-hadis yang diriwayatkan terutama riwayat daripada Ahli Sunnah. Mereka tidak mementingkan riwayat (sanad) yang sahih. Mereka menerima hadis tanpa ilmu hadis yang kukuh.

Oleh itu dalam hadis-hadis mereka terdapat banyak dinukilkan seperti ayat ini: "Diriwayatkan dari Muhammad bin Ismail daripada beberapa sahabat kami dari seorang lelaki dari Rasulullah sesungguhnya berkata...'"

Kitab-kitab hadis mereka penuh dengan berpuluh-puluh ribu hadis yang tidak ditetapkan kesahihannya. 

Beginilah mereka bangunkan agama mereka. Mereka telah mengingkari tiga perempat daripada Sunnah Rasulullah.




3.   PARA SAHABAT RASULULLAH SAW
  • AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Ahli sunnah bersepakat bahawa wajib menghormati dan meredai atas semua sahabat. Kesemua mereka adalah benar dan lurus. Ahli sunnah menganggap pertelingkahan yang berlaku antara mereka adalah berpunca daripada perselisihan pendapat hasil ijtihad masing-masing yang dikeluarkan dengan ikhlas dan jujur.

Tidak dibenarkan menaruh dendam sepanjang zaman terhadap para sahabat Rasulullah. Hakikatnya, para sahabat merupakan golongan terpuji selain sentiasa dipuji oleh Allah berkali-kali. Oleh itu tidak dibenarkan sama sekali sesiapa pun melakukan tohmah ke atas golongan para sahabat.

Sesungguhnya melalui usaha serta peranan besar mereka sebagai sahabat-sahabat Rasulullah agama Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad akhirnya sampai kepada kita dan terus subur hingga saat ini.

  • SYIAH 
Berpendapat bahawa para sahabat telah kafir selepas kewafatan junjungan besar Rasulullah kecuali sebilangan kecil bilangannya tidak melebihi jari-jari di tangan. Mereka hanya mengiktiraf Ali, Fatimah binti Muhammad, Hassan ibn Ali, Hussein ibn Ali, Al-Miqdad ibn al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.

Selain itu mereka meletakkan Ali pada kedudukan terlampau istimewa. Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa Ali yang telah diwasiatkan sebagai pengganti Rasulullah.

Sebahagian lain pula beranggapan Ali sebagai nabi. Maka mereka menghukum orang muslim iaitu sesiapa yang memilih khalifah-khalifah sebelum Ali maka mereka adalah zalim atau kafir.

Sesiapa yang menentang pendapat Ali, mereka itu zalim atau kafir atau fasik. Begitu juga halnya dengan sesiapa yang menentang anak cucu cicitnya turun temurun.

Antara penyelewengan paling besar berhubung fahaman Syiah terhadap para sahabat ialah gelaran melampau mereka terhadap Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan kepada Saidina Umar al-Khattab yang merupakan khalifah pertama dan kedua. Kedua-dua sahabat besar Rasulullah itu telah digelar sebagai al-Jibt (tukang sihir) dan at-Toghut (syaitan) kerana telah dilantik sebagai khalifah sebelum Ali.

Bukan itu sahaja perkataan al-Jibt dan at-Toghut terhadap Abu Bakar dan Umar juga digunakan oleh golongan Syiah dalam doa-doa mereka yang dinamakan 'Doa dua berhala Quraisy'. Doa ini terdapat di dalam kitab mereka (kunci hati) pada muka surat 114.

Doa tersebut seperti berikut; "Ya Allah, sejahterakanlah atas Muhammad dan kaum keluarga baginda dan laknatkanlah ke atas kedua-dua berhala Quraish, kedua-dua ahli sihir, kedua-dua syaitan dan kedua-dua anak perempuan mereka (ummul mukminin Aisyah dan Hafsah).

Selain daripada persoalan mengenai al-Quran, al-Hadis dan Sahabat, daripada segi akidah tauhid juga berlaku perbezaan yang amat besar.

  • AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Beriman bahawa sesungguhnya Allah yang maha Esa, yang maha Berkuasa, tiada sekutu bagi-Nya, tiada bandingan bagi-Nya serta tiada perantaraan antara Allah dan seluruh hamba-Nya. Beriman dengan ayat-ayat yang mengandungi sifat-sifat Allah sebagaimana diturunkan oleh Allah tanpa menyerupai sesuatu (tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran-Nya, - Surah as-Syura ayat ke 11).

Allah telah mengutuskan nabi-nabi-Nya dan memikulkan ke atas mereka tanggungjawab menyampaikan perutusan (risalah) kepada hamba-hamba-Nya. Semua nabi menyampaikan semua risalah tanpa menyembunyikan apa-apa. Wajib beriman dengan perkara-perkara ghaib. Sesungguhnya segala doa, nazar, penyembelihan dan permohonan hajat wajib ditujukan kepada Allah semata-mata.

  • SYIAH
Mereka beriman dengan Allah dan Keesaan-Nya tetapi mereka percaya bahawa imam-imam mereka adalah maksum dan imam-imam itu mengetahui perkara-perkara ghaib serta mempunyai peranan dalam pentadbiran alam ini. Mereka beranggapan bahawa ada satu kuasa khas yang dimiliki oleh wali-wali, imam-imam dan kaum kerabat Rasulullah.

Mereka beribadat selain daripada Allah dengan berkata 'Wahai Ali, wahai Hussain, wahai Zainab'. Mereka bernazar dan menyembelih binatang kepada yang lain selain daripada Allah. Mereka meminta hajat daripada orang yang telah mati.




Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 30 Mei 1995 telah membincangkan fatwa mengenai golongan ajaran Syiah. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:

(1) Bersetuju dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  yang diadakan pada 3 Mei 1996 supaya  keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas bil.2/8/84, perkara 4.2(2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut:
Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Zaidiah dan Ja’fariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia). ( dibatalkan ).
(2). Menetapkan bahawa umat Islam di Kelantan hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Ini adalah kerana ajaran Syiah jelas menyeleweng dari segi akidah, syariah dan akhlak.
(3) Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi persekutuan dan negeri –negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan peganganAhli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
(4) Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubungan dengan hukum syarak bagi menyelaraskan takrif (hukum syarak) atau (undang-undang Islam) seperti berikut:
(Hukum syarak) atau ( undang-undang Islam) ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
(5) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan ahli-ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
(6) Menetapkan bahawa semua umat Islam di negeri ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
(7) Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyiaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.


Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Perak yang bersidang pada 4 Januari 2012 telah membincangkan Syiah di Perak. Muzakarah telah memutuskan bahawa :
  1. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi pengikut ajaran dan fahaman ini adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah ASWJ.
  2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah ASWJ.
  3. Mana-mana orang Islam secara invidu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Syiah sama ada melalui apa-apa rangkaian atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan an fahaman yang bercanggah dengan aqidah ASWJ.
  4. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah bercanggah dengan aqidah dengan ASWJ.
  5. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan.
  6. Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, emncetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan sjaran dan fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa-apa jua kemudahan dan bantuan.
  7. Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.
Video yang menunjukkan Syiah Melayu yang mengagongkan Saidina Ali

 

Video yang menunjukkan Syiah di Iran yang mengagongkan Saidina Ali

 

Video yang menunjukkan Khatib Syiah dicium mulut jemaah selepas khutbah

 


Sumber video dan beberapa gambar : di sini




Tapi yang ni memang pelik.......wallhua'lam....

No comments: