Sunday 27 October 2013

KDN KEMBALIKAN THE HERALD YANG DIRAMPAS....

Post Pic

KOTA KINABALU : Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyerahkan semula 2,000 salinan akhbar mingguan Katolik, The Herald yang dirampas di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis.
Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Tangau berkata beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Abdul Halim Mohammad bahawa salinanThe Herald untuk gereja-gereja di Sabah telah dikeluarkan pada Ahad.
"Kami gembira dengan perkembangan ini," kata Tangau yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko).
Beliau bagaimanapun berharap bahawa tindakan itu tidak berulang lagi.
"Semua kejadian ini hanya menyebabkan kebimbangan yang tidak sepatutnya di kalangan rakyat Sabah," kata Tangau.
Editor The Herald Rev Father Lawrence Andrew berkata beliau dimaklumkan mengenai rampasan kira-kira pukul 3 petang, Khamis.
Katanya, pegawai-pegawai KDN tidak menyatakan sebab-sebab rampasan The Herald untuk kira-kira 20 gereja di Sabah. antarapos

No comments: