Monday 9 September 2013

NICOL KECEWA, SQUASH TIDAK DITERIMA DI OLIMPIK


KUALA LUMPUR : Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David sedih dengan kegagalan skuasy untuk ke temasya sukan Olimpik.

Namun beliau tetap berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan pihak terlibat dalam mempromosikan sukan tersebut.

Nicol menerusi laman Twitternya  menyatakan kempen "Vote for Skuasy" telah mendekatkan sukan itu kepada orang ramai.

Sebelum ini Nicol merupakan individu paling sibuk mempromosikan skuasy untuk ke temasya sukan paling berprestij itu.  -  AstroAwani


No comments: