Monday 9 September 2013

MNLF SERANG ZAMBOANGA CITY, 30 TEBUSAN DICULIK


ZAMBOANGA CITY : Seorang anggota unit peronda Tentera Laut Filipina maut manakala beberapa lagi cedera selepas bertempur dengan pemberontak Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang menaiki bot untuk memasuki selatan Zamboanga City awal pagi Isnin.


Timbalan Datuk Bandar, Cesar Iturralde berkata kira-kira 30 tebusan didakwa diculik kira-kira 100 anggota MNLF di Zamboanga City.

Menurut Iturralde, kumpulan itu menuntut supaya bendera mereka dikibarkan di Dewan Bandaraya wilayah tersebut.

Jurucakap Tentera Laut, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, unit peronda itu bertempur dengan pemberontak yang berada di atas sebuah bot besar dan lapan bot kecil di luar Rio Hondo.

Pertempuran pada waktu subuh itu berlarutan hingga ke Rio Hondo ketika orang ramai sedang tidur dan menyebabkan puluhan penduduk di situ melarikan diri.

Lebih ramai tentera dan polis dikerahkan untuk menyelamatkan penduduk di Rio Hondo yang terletak dekat pusat bandar Zamboanga, pusat perdagangan yang sibuk di selatan negara itu.

Bagaimanapun, menurut jurucakap polis, Ketua Supritendan Polis, Juanito Vano Jr, dia tidak dapat mengesahkan jumlah mangsa yang maut walaupun beliau telah memaklumkan empat polis cedera mengalami kecederaan. 

No comments: