Sunday 29 September 2013

GENGSTER 04 CERIA BERDEPAN HUKUMAN MATI

Tiga lelaki berdepan hukuman mati


AYER KEROH - Tiga lelaki disyaki ahli Geng 04 berdepan hukuman gantung sampai mati  ketika didakwa di Mahkamah Majistret, semalam atas tuduhan membunuh seorang lelaki dipercayai ahli Geng 08, Mei lalu.


Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh, Narendranpathy, 26, P Setupathi, 25, dan Aiman Mazlan, 20, sejurus selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Maji-stret Syajaratudur Abd Rahman.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama empat yang telah dituduh serta bersama seorang lagi masih bebas melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian R Sivan, 31.

Kejadian  didakwa dilakukan mereka di hadapan sebuah rumah di Taman Bertam Jaya, kira-kira jam 10 malam, 4 Mei lalu.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguambela.

Dalam penghakimannya, Syajaratudur kemudian menetap 31 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta untuk lantikan peguambela tertuduh.

Sementara itu, ketika dibawa keluar dari mahkamah, ketiga-tiga tertuduh dengan tangan bergari secara terbuka menunjukkan isyarat angka empat dengan jari yang membawa maksud Geng 04.

No comments: