Friday 23 August 2013

NAHAS GENTING HIGHLAND : BAS 'BERLUMBA' DENGAN TEKSI..???


Pertengkaran antara pemandu bas dengan pemandu teksi dipercayai menjadi punca kemalangan yang belaku di Genting Highlands kelmarin.

Mussammat Sirajum, 35, sepupu kepada mangsa yang maut, Rafiq Ali, 55, berkata bahawa Rafiq telah pergi ke Genting Highlands untuk bercuti.

“Walaupun sepupu saya adalah dari Bangladesh, beliau merupakan rakyat Kanada dan telah datang ke Malaysia bersama isteri dan dua anak lelaki beliau untuk bercuti pada awal bulan ini.

“Beliau maut ketika kejadian manakala isteri beliau, Rashidah Buia, 50, dan kedua-dua anak lelaki mereka, Ronok Arefin,14, dan Reduan Buia, 22, mengalami kecederaan,” kata Mussammat.

Tambah Mussammat, Rashidah menceritakan kepada beliau bahawa :


 Pemandu bas tersebut mula menjerit dengan kata-kata sesat kepada seorang pemandu teksi yang bertindak memotong bas berkenaan dalam keadaan yang merbahaya.
Pemandu bas itu kemudian memotong teksi itu semula dan terus memandu laju sebelum melanggar tembok penghalang dan terhumban".

“Kakak ipar saya dan anak-anaknya berada dalam keadaan sedar ketika kemalangan tersebut belaku dan apabila beliau sedar bahawa suami beliau sudah meninggal, beliau meminta Reduan supaya menjaga mayat suami beliau sementara beliau mencari pertolongan,” tambah Mussammat.

Kedutaan Bangladesh dan Kanada telah dimaklumkan tentang perkara ini dan mayat Rafiq akan diterbangkan ke Bangladesh untuk dikebumikan.


Walaubagaimanapun, syarikat bas yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan 37 mangsa itu telah dipanggil bagi membantu siasatan.


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata, siasatan itu bagi mencari punca kejadian.


Tambahnya, siasatan segera akan dijalankan apabila bangkai bas itu dikeluarkan dari lokasi kejadian.

Semua pihak diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

2 comments:

anakketam said...

Keputusana oleh Kementerian Pengangkutan dan kenyataan akhbar DS HIshamudin akan berbunyi seperti ini ; pihak kerajaan melalui sebuah jawatan kuasa yang dilantik beranggapa punca kemalangan adala akibat kecuian pemandu dan pihak syarikat dengan ini 'diberi amaran' utnuk memperbaiki semua kesilapan agar kejadian sperti ini tidak berulang lagi'

Bicara Perjuangan said...

dan sambungan kepada komen anakketam ialah : oleh yg demikian saya ingin 'memberi amaran' kpd smua pengguna yg ingin menaiki bas ke GH agar menangguhkan dulu perjalanan anda... hahaha....