Tuesday 13 August 2013

KERETA PEGAWAI BANK DILANGGAR DARI BELAKANG SEBELUM DILEMPAR BOM BUATAN SENDIRI


GEORGE TOWN – Seorang lelaki berdepan saat mencemaskan apabila kenderaan yang dipandu bukan sahaja dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah belakang malah dilemparkan sebutir bom dipercayai buatan sendiri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, Ong Kok Kwang, 23, bersama rakannya diekori MPV Nissan Grand Livina dari arah Lebuh Farquhar di sini.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan pegawai bank dalam perjalanan pulang ke tempat kerja selepas menikmati makan tengah hari bersama rakannya.

Bagaimanapun kereta Honda Civic yang dinaiki mereka dilanggar dari arah belakang beberapa kali oleh MPV yang dinaiki dua suspek itu ketika mereka berada di Love Lane.

Menurut sumber, selepas melanggar kereta mangsa, seorang lelaki di tempat duduk penumpang telah membuka cermin MPV itu lalu melontar sesuatu disyaki bom buatan sendiri di bahagian bampar kereta mangsa.

Suspek kemudian terus mengekori mangsa sehingga ke Jalan Burmah namun mereka berjaya meloloskan diri sebaik melihat kenderaan polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan. KOSMO 


No comments: