Tuesday 13 August 2013

GEMPAR !!! PEMILIK RESTORAN MAUT DITIKAM BERTUBI-TUBI DI DEPAN PREMIS PERNIAGAANNYA....!!!


Berita yang menggemparkan penduduk tempatan apabila sebentar tadi seorang pemilik Restoran Nasi Kukus Paka, Dungun, Terengganu telah ditikam bertubi-tubi dengan senjata tajam terus rebah dan meninggal dunia ditempat kejadian.

Ianya berlaku betul-betul di hadapan Restoran Nasi kukus kepunyaannya.

Kereta Toyota Hilux warna hitam kepunyaannya telah dilarikan oleh pembunuh.



Mangsa, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui seorang pemuda terbaring di depan premisnya, kira-kira jam 7 pagi tadi. 
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa pengusaha kedai nasi kukus Paka 3, di sini dikatakan cuba memasuki kenderaan pacuan empat roda miliknya untuk memasukkan wang hasil jualan di bank sebelum didatangi suspek. 

Ketika itu mangsa dikatakan bergelut dengan suspek yang dipercayai hendak mencuri kenderaan miliknya itu sebelum dia ditikam beberapa kali.

Polis kini sedang giat memburu sipembunuh....Mohon kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian kejam ini dan jika mempunyai apa-apa maklumat bagi membantu siasatan sehingga tertangkapnya sipembunuh kejam ini agar menghubungi pihak polis yang berdekatan. SUMBER ASAL


No comments: