Wednesday 10 July 2013

CALVIN THOO TERUJA SAMBUT RAMADHAN, AZAM PUASA PENUH, BERIBADAH SEBANYAK MUNGKIN...

.

Bulan puasa atau tidak pada beliau, sama saja. Rutin hariannya tidak banyak berubah. Meskipun tiada banyak perbezaan dari segi rutin harian namun kedatangan bulan mulia bulan Ramadan tetap disambut penuh teruja. Malah menurut pereka fesyen tanah air bertaraf antarabangsa, Calvin Thoo, tahun ini beliau berazam mahu berpuasa penuh dan mengejar pahala ibadah sepanjang Ramadan, sebanyak mungkin.
 
"Tahun ini tahun ketiga saya berpuasa. Rutin harian saya tak banyak beza dengan bulan-bulan lain. Sama saja. Saya tetap berkejar ke sana sini. Saya lebih suka sibukkan diri berbanding duduk diam saja. Walaupun berpuasa, tak membataskan untuk kita laksanakan tugas kita.
 
"Ramadan kali ini saya berazam mahu puasa penuh. Sebab, tahun lalu saya tak cukup tiga hari kerana tak sihat. Tahun sebelumnya tu pun saya tak dapat puasa penuh sebab masa tu tak sihat. InsyaAllah, harapnya tahun ni saya dapat puasa cukup", katanya kepada Malaysian Digest.com ketiga dihubungi.
 
Pada pertengahan Mei lalu, Calvin Thoo telah memeluk agama Islam. Beliau mengucap dua kalimah syahadah dengaan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi. Calvin dikatakan menerima hidayah memeluk islam selepas beliau mendapat satu mimpi dan dalam mimpi itu beliau bersyahadah.
 
Menurut Calvin lagi, beliau selalu berbuka bersama teman-teman ataupun pekerjanya. Lebih suka berbuka dengan juadah yang ringkas cukup dulu dengan kurma dan air, kemudian barulah beliau menjamah makanan lain. Selain itu, bulan Ramadan sering dinanti-nantikan kerana hanya pada bulan ini saja ada bazaar Ramadan di merata tempat.
 
"Antara perkara yang menyeronokkan sepanjang bulan ni, sebab ada bazaar. Saya memang suka pergi ke bazaar. Berbuka pula, kalau tidak dengan kawan-kawan, saya akan berbuka dengan pekerja saya di butik. Saya paling suka nasi kukus. 
 
"Sahur biasanya saya sahur sendiri. Saya akan bangun sekitar jam 5 pagi. Saya ambil makanan yang simple-simple saja", tuturnya. 
 
Calvin sudah berkecimpung dalam dunia industri rekaan dan fesyen sejak lebih 17 tahun. Beliau mempunyai label jenama sendiri dan butik yang terletak di Jalan Imbi. Calvin juga sering menjadi pereka fesyen untuk artis tanah air sempena acara besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia dan Festival Fesyen Islam KL.
 
Dalam pada itu kata Calvin, oleh kerana beliau tidak menyambut hari raya Aildilfitri justeru setiap kali tiba lebaran beliau akan megambil alih menjaga butiknya sementara pekerja-pekerjanya yang berbangsa Melayu pulang bercuti hari raya di kampung halaman masing-masing.
 
"Kalau raya tu, pun biasa saja. Lagipun saya tak sambut raya. Jadi bila pekerja saya bercuti, saya lah yang ambil alih jaga butik. Ada lah juga berkunjung ke rumah kawan-kawan. Mereka ada yang ajak saya beraya di kampung mereka", katanya ayng ini sedang rancak mempromosikan koleksi rekaan sempena Aidilfitrinya iaitu Koleski Sulaman - mD
 

No comments: