Friday 28 June 2013

AARON AZIZ AHLI KUMPULAN GENGSTER SINGAPURA..???



KUALA LUMPUR : Pelakon Aaron Aziz mendedahkan dia pernah melakukan aktiviti tidak bermoral pada zaman remajanya dengan menyertai satu kumpulan gengster di Singapura.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, berkata, dia sering dianggap lelaki ganas sehingga ditakuti ramai orang namun pengalaman bergaul dengan golongan itu telah banyak mengajar dia untuk mengenali masyarakat di sekeliling.

"Biasalah zaman muda dahulu. Perasaan ingin tahu melebihi segala-galanya dan semua benda kita mahu cuba dan lihat.

"Tetapi berkawan dengan orang jahat tidak semestinya kita akan jadi jahat. Pada pendapat saya berkawan dengan mereka mengajar saya jadi bijak dalam mengenali orang di sekeliling saya," katanya.


Aaron ditemui pada sesi temu bual eksklusif di restoran Bait di sini pada Khamis. bersempena pelancaran program biografinya yang akan disiarkan menerusi saluran E! Entertainment.

Aaron, pelakon dari Singapura itu merupakan artis pertama di Asia yang berpeluang muncul dalam program itu berjudul i E! Special: Aaron Aziz

Kisahnya terlibat dalam kumpulan gengster juga akan dikongsi dengan para peminat menerusi program itu yang akan disiarkan pada 7 Julai depan selama satu jam menerusi saluran Astro, 712.

Dalam pada itu, Aaron juga akan berkongsi rahsia peribadinya dalam program tersebut, terutamanya mengenai kisah-kisahnya pada zaman kanak-kanak dan remaja.

"Tak silap saya ada dalam 30 peratus rahsia saya didedahkan kepada umum. Jujurnya saya tak sangka diberi peluang untuk menceritakan hal peribadi dan karier dalam sebuah program biografi khas di saluran hiburan popular dunia.

"Saya menyifatkan ia sebagai satu penghormatan dan penghargaan buat diri. Sebenarnya kru produksi saluran itu cuba mencari apa-apa kontroversi untuk dipaparkan dalam program itu.

"Apabila saya kata tidak banyak kontroversi yang ada, mereka terkejut. Malah tidak sangka perwatakan saya sangat santai ketika ditemu bual. Mereka kata saya ini seorang yang rendah diri," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aaron bakal muncul menerusi program Raya Sampai Pengsan bersama Nabil Ahmad pada sambutan Aidilfitri nanti di Astro Ria.

Selain itu dia juga kini sibuk dengan penggambaran drama Tentang Hati (untuk saluran RTM) bergandingan dengan aktres Fasha Sandha dan bakal memulakan penggambaran filem Adam dan Hawa pada September depan.[mStar]

No comments: