Thursday 23 May 2013

TIAN CHUA, HARIS IBRAHIM DITAHAN POLIS


SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Tian Chua menerusi laman mikro Twitter miliknya memberitahu beliau kini dalam tahanan polis.

Turut ditahan ialah seorang aktivis Haris Ibrahim dalam dua operasi berasingan, lapor Malaysiakini.



Kartunis Zunar turut menulis dalam dalam laman mikro Twitter miliknya mengesahkan penahanan mereka berdua.

Dipercayai penahanan ini berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," tulis Tian menerusi Twitter beliau setengah jam yang lalu.

Beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

Sementara Haris yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) dikatakan ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

No comments: