Thursday 30 May 2013

RAJA AZMI CEDERA KENA RAGUT...???

RajaAzmi

Penerbit dan pengarah filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman mengalami kecederaan selepas bergelut dengan dua peragut yang membawa lari beg tangannya berhampiran sebuah hotel di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur semalam.

Menurut laporan Berita Harian, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Raja Azmi telah didatangi dua orang suspek ketika berjalan seorang diri menuju ke kereta.
Satu sumber memberitahu, salah seorang suspek yang memakai topi keledar cuba merentap beg tangan milik mangsa, tetapi gagal.
Suspek yang tidak berpuas hati itu telah menolak Raja Azmi sehingga terjatuh dan berlaku pergelutan antara mereka. 
Penerbit berusia 53 tahun ini dikatakan telah menjerit meminta bantuan tetapi suspek bertindak menutup mulut mangsa dan merampas telefon bimbitnya.
"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal namun mangsa gagal memastikan jenis dan nombor pendaftaran motosikal berkenaan," ujar sumber itu.

No comments: