Friday 31 May 2013

PETROL 'AJAIB'... MUKJIZAT UNTUK BUMI KELANTAN...???


Gempar seluruh negara apabila sebuah keluarga di Kelantan mendakwa minyak petrol muncul tanpa disangka dalam telaga milik mereka di Pasir Pekan, Kelantan. Kejadian itu disedari kira-kira dua minggu lalu ketika salah seorang ahli keluarga itu membersihkan telaga tersebut.

Ada minyak dalam telaga
Anak Salbina, Zulnuraiman, 16, mengasingkan air telaga yang bercampur minyak

dipercayai petrol yang dicedok dari telaga di rumah Nik Yusof
.

Tiga sekeluarga di Kampung Baru Pasir Pekan di sini, terkejut apabila telaga yang digunakan sejak 30 tahun mengeluarkan minyak dipercayai petrol.

Kejadian itu disedari Zulnurain Ahmad, 28, ketika membersihkan telaga di rumahnya dua minggu lalu.

“Semasa saya ceduk air telaga dengan timba, saya nampak air telaga ini berminyak dan berbau seperti minyak petrol.

Menariknya minyak petrol yang ditemui itu memiliki warnanya yang sama seperti petrol yang dijual di stesen-stesen minyak dan ia boleh terus diguna pakai untuk menghidupkan mesin rumput serta akan terbakar sekiranya dicucuh dengan api. 

Ada minyak dalam telaga
Minyak tersebut terbakar selepas dicucuh api.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas ditapis ia seakan minyak petrol,” katanya.

Lebih meyakinkan Zulnurain, minyak yang diambil dari telaga itu apabila dituangkan ke dalam tangki mesin rumput, ia berfungsi dan apabila dicucuh api, ia terbakar.
 
Air telaga berbau minyak petrol

Dengan penemuan itu, misteri air telaga Zulnurain berbau minyak petrol selama empat bulan lalu terjawab.

Zulnurain berkata, dia amat risau keselamatan keluarganya kerana telaga tersebut berada di dalam rumah.

“Saya ada anak kecil berusia lapan bulan, bau petrol dari telaga itu memenuhi ruang rumah saya.

“Bukan sahaja mendatangkan pencemaran bau, tetapi boleh mengundang kebakaran dan  memudaratkan kesihatan  saya kerana air telaga itu sudah tercemar,” katanya.

Zulnurain berkata, sejak penemuan minyak itu, hampir 100 liter minyak dipercayai  petrol berjaya dikumpulkan dan diletakkan dalam tangki mesin rumput.

Ada minyak dalam telaga
Zulnurain (kiri) bersama Zulnuraiman menunjukkan air telaga bercampur minyak.

Dua telaga  jiran Zulnurain turut terlibat

Tinjauan Sinar Harian di kampung tersebut mendapati dua lagi telaga iaitu di rumah Nik Yusof Nik Salleh, 75, dan Ahmad Othman, 69, turut berbau minyak petrol dan airnya berminyak.

Didapati telaga milik Nik Yusof yang berada di belakang rumahnya seperti ada mata air bercampur minyak membuak keluar dari celah kerek telaga itu.

Dari mana minyak ini datang terus menjadi misteri, bagaimanapun tinjauan wartawan mendapati kira-kira 200 meter dari kediaman mereka, beroperasi sebuah stesen minyak.

Khuatir disambar api

Isteri Ahmad, Salbina Mohamad, 46, berkata, sejak dia mengetahui telaganya bercampur dengan minyak dipercayai petrol, dia tidak memasak khuatir disambar api.

“Permukaan telaga saya yang terletak di dalam rumah dipenuhi dengan minyak, saya khuatir ia disambar api ketika saya sedang memasak,” katanya.

Menurutnya, akibat meminum air telaga tersebut, suaminya Ahmad sakit, namun alhamdulillah  semakin pulih selepas berhenti menggunakan air dari telaga itu.

Lapor kepada Jabatan Alam Sekitar

Salbina berkata, masalah air telaga bercampur minyak di percayai petrol sudah dimaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar.

“Kami harap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan keselamatan kami tiga sekeluarga di sini.

“Bila-bila masa sahaja kebakaran boleh berlaku, sekiranya ada puntung rokok tercampak dalam telaga ini, atau apa sahaja sumber api berada berhampiran telaga ini,” katanya.

Ajaib bukan! Tanpa melalui proses penyulingan dan penapisan, minyak petrol terus terhasil, agaknya selepas ini banyaklah telaga-telaga yang akan digali semata-semata untuk mendapatkan minyak petrol secara mudah. 

Mungkin selepas ini bangkraplah semua syarikat minyak antarabangsa dan tiada lagilah proses cari gali serta penyulingan minyak hitam pekat di kilang penapisan sebagaimana biasa menjadi amalan sekarang.

Berikutan penemuan itu, maka timbullah spekulasi dan khabar angin mendakwa kemunculan tiba-tiba minyak petrol itu adalah petanda betapa barakahnya pemerintahan PAS di Kelantan sehingga dikurniakan minyak petrol yang mungkin saja dari jenis RON95 atau barangkali juga dari gred tinggi seperti RON97.

Secara automatik nama Menteri Besar Kelantan yang baru Mohd Yaacob atau lebih dikenali sebagai Mat Yakob menjadi tersohor kerana kejadian itu berlaku di kawasan DUN Pasir Pekan yang diwakilinya dan kebetulannya ia timbul selepas seminggu beliau menjadi MB Kelantan menggantikan Nik Aziz.

Pendek kata, kejadian penemuan minyak petrol yang sudah siap disuling itu akhirnya akan dianggap sebagai mukjizat hasil barakah kehebatan pemerintahan Mat Yakob dan PAS, meskipun kebenaran minyak yang ditemui itu tidak dapat ditolak kemungkinan berpunca dari kebocoran tangki stesen minyak petrol berdekatan.

Lantaran itu, janganlah terkejut seandainya selepas ini Mat Yakob akan melalui fasa baru peningkatan taraf status politiknya dalam PAS, dari seorang ustaz yang kurang dikenali barangkali muncul satu lagi tok guru jadi-jadian sama seperti Nik Aziz yang dulunya hanyalah ustaz biasa. SUMBER ....  DAN ...  SUMBER   

No comments: