Friday 31 May 2013

BANDUAN BERJAYA LARIKAN DIRI....???

Hiasan

KUANTAN, 30 Mei  -- Seorang banduan melarikan diri ketika dibawa menaiki Black Maria di perkarangan bangunan mahkamah di Indera Mahkota di sini hari ini (semalam).

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata lelaki berusia 24 tahun dari kampung Jaya Baru, Bukit Bading, Terengganu itu melarikan diri dengan terjun daripada lori Black Maria sebelum melompat keluar dari pagar bangunan mahkamah pada pukul 1.30 tengah hari.
"Dia meloloskan garinya sebelum melompat keluar daripada lori itu. Kejadian dilapor berlaku semasa 11 banduan dibawa untuk menaiki lori Black Maria.
"Lima banduan telah naik ke dalam lori dan suspek dalam kumpulan kedua sertdalam kedudukan terakhir dan kesemua mereka bergari," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata kesemua banduan itu menaiki Black Maria untuk dihantar semula ke Penjara Penor di sini.
Sharifuddin berkata lelaki itu ditangkap pada 20 Mac lepas kerana kes samun mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dituduh di Mahkamah Sesyen pada 3 April lepas.
"Hari ini sepatutnya keputusan kes suspek, namun dia tidak mengaku salah dan minta dibicarakan," katanya.
Beliau berkata ketika kejadian, terdapat tiga anggota polis bertugas namun tidak sempat berbuat apa-apa.
Ketika melarikan diri, lelaki itu berseluar jeans biru, memakai t-shirt berlengan pendek berwarna hitam dan berselipar, katanya.
Beliau berkata polis kini melancarkan gerakan memburu lelaki itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi balai polis berhampiran.
-- BERNAMA

No comments: