Monday 27 May 2013

DR. LILY ZUBAIDAH DEDAHKAN AMALAN RASIS DALAM POLITIK SINGAPURA


AIDCNews – 27/05/13 – Amalan rasis dipraktikkan secara berleluasa dalam politik di Singapura, dedah Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim dalam bukunya, bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.

Dr Lily, pensyarah di Universiti Sydney, Australia berkata walaupun Ahli Parlimen Melayu PAP memiliki izajah PhD dan menang dalam Pilihanraya Singapura, namun Ahli Parlimen berbangsa Melayu itu tetap diberi portfolio yang kurang penting.
“Sehingga kini, orang Melayu telah diberikan secara berterusan portfolio yang tidak penting dalam Kabinet. Tiada wakil Melayu diberikan untuk portfolio Pendidikan, Kewangan, Luar Negeri atau portfolio Pertahanan. Mereka hanya diberikan portfolio Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat dan Hal Ehwal Islam.
“Berbekalkan PhD dalam Kejuruteraan dari Ivy League Universiti Amerika, bekas ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Singapura, Yaacob Ibrahim, boleh dikatakan mempunyai kebolehan teknokrat diperlukan untuk mengambil portfolio utama tetapi beliau hanya kekal sebagai Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air,”katanya.
Menurutnya, perkara yang sama berlaku kepada bekas Menteri Kabinet Ahmad Mattar, yang memiliki PhD dalam bidang Fizik, namun beliau juga diberikan portfolio Alam Sekitar.
Dr Lily yang juga anak saudara kepada Presiden pertama Singapura, Yusof Ishak berkata selepas bapa saudaranya meninggal dunia, tiada lagi individu Melayu dilantik sebagai Presiden Singapura.
“Begitu ketara, tidak lagi Melayu yang memegang jawatan Presiden (Singapura) selepas Presiden pertama, Yusof Ishak,” katanya.




No comments: