Monday 27 May 2013

TIADA WANITA LAIN YANG LAYAK DIJADIKAN ISTERI KECUALI DIA - HATTAN

Hattan bakal kahwin dengan bekas isteri 21 Ogos ini

Penyanyi popular, Datuk Hattan mengesahkan bahawa dia bakal berkahwin semula dengan bekas isteri pertamanya, Arianie Mohd Abidin pada 21 Ogos akan datang yang dijangka jatuh pada 15 Ramadan.
Menurut Hattan, dia memilih tarikh tersebut untuk majlis resepsi kerana hari itu adalah hari jadi anak mereka, Adam Eiman yang bakal meningkat usia 15 tahun.
"Saya tidak jumpa wanita lain yang boleh dijadikan isteri. Kami juga sudah serasi bersama. Seluruh keluarga saya juga tidak mahu orang lain selain dia (Arianie)," katanya seperti dipetik daripada Malaysian Digest.
Hattan berkata, dia dan Arianie mahu melupakan perkara silam dan buka lembaran baru untuk hidup bersama.
Penyanyi berusia 48 tahun ini dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996, kemudian bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Terdahulu, Hattan juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 namun berpisah selepas dua bulan berumah tangga.

No comments: