Monday 29 April 2013

MUSA HASSAN DILANTIK SEBAGAI MAJLIS KESELAMATAN PR...???


Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kini menyertai Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat sebagai penasihat.

Walau bagaimanapun jelasnya, beliau tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan akan membuat perkara sama jika dijemput oleh Barisan Nasional (BN).

Musa menegaskan keputusan dibuat atas dasar kebimbangan beliau terhadap keganasan politik menjelang pilihan raya umum, 5 Mei nanti.

“Saya tidak memihak kepada mana-mana parti politik...Saya datang hari ini kerana saya mengambil urusan keselamatan rakyat dengan serius,” kata Musa.

Sidang media itu juga disertai bekas ketua turus tentera darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang juga calon Pakatan di Parlimen Johor Bharu.

"Sebagai pihak yang menghabiskan sebahagian besar hidup kami melindungi dan berkhidmat kepada rakyat Malaysia untuk memastikan keselamatan di negara kita, kami berharap keganasan politik tiada tempatnya lagi dalam proses demokrasi kita," kata Hashim.

Musa sebelum ini dikaitkan dengan pembangkang apabila mendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN) campur tangan dalam urusan polis sekali gus mengganggu urusan pihak berkuasa.

"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar," kata beliau.

Namun apabila ditanya sama ada beliau mahu menyertai politik, Musa berkata beliau tidak berminat.


Admin juga difahamkan.... Beliau menyatakan tiada sebarang perlantikan beliau sbg Penasihat Majlis Keselamatan tersebut. Beliau hanya di panggil oleh Jen Hashim utk memberikan pandangan berkaitan aspek keselamatan pilihanraya dan sekadar memberi kenyataan umum sbg ex-IGP bhw kesemua parti bertanding perlu menjaga kelakuan penyokong dan melapor kpd polis sekiranya ternampak apa2 perbuatan jenayah pilihanraya. Di tanya wartawan samada beliau akan memberikan nasihat bila di minta mana2 pihak berkaitan keselamatan, beliau pasti menjawab YA. Kenyataan umum ini BUKAN bermaksud beliau menyokong PR. Beliau bersetuju kenyataan beliau telah di manipulasikan utk kepentingan PR dan beliau akan membuat sidang media khas utk menjelaskan hal ini. 

Beliau juga menafikan bersetuju dgn "kenyataan bersama" yg di baca Jen Hashim krn beliau tidak pernah di rujuk sblm Jen Hashim membuat kenyataan tersebut. Itu adalah kenyataan peribadi Jen Hashim dan tiada kaitan dgn beliau.

5 comments:

mat bosan said...

mungkin semasa berkhidmat dulu dia juga mewakilkan orang2 lain buat kerja2 yg dia sendiri perlu menguruskan.......ts musa mengapakah biol sangat melibatkan diri dalam hal2 politik kalau kata tak terlibat......sekaligus menjejas nama baik ayahanda/keluarga anda/kepolisian kita...

Anonymous said...

BOLEH PECAYA KE PAKCIK NIH... SELALUNYA ORG2 KERJA KERAJAAN LA SEBENAR PENGKHIANAT NEGARA NO. 1

Anonymous said...

Dah pencen buat cara pencen. Nampak sangat lidah bercabangnya.

Anonymous said...

DAH PENCEN TAPI MASEH MINAT PASAL KESELAMATAN. MAI AKU BAGI KERJA JADI JAGA KELAB MALAM.

Anonymous said...

Penglibatan Musa sebagai penasihat keselamatan ke majlis keselamatan PR adalah:
1.PR yakin amat yakin bersunggoh yakin bahawa akan menjadi huru hara selepas 5 hb Mei.
2.PR tidak yakin akan kemenangan BN.
3.Mengambil preemptive action .
4.Tidak yakin akan impartiality instituti polis dan tentera.
5.Mencukupi barisan terlatih dan berpangkat tinggi kententeraan dan polis ATM,TLDM,TUDM PDRM untuk ada networks dalam pegawai tinggi tentera dan polis serta majlis DYMM Raja Raja.
6.Tunjuk ada kredibilty kapada semua .
7.Juga untuk memberi kesedaran kapada komponen pati PR bahawa PR ta mau Arab spring bermula dari PR,dan ahli mereka patuh garis panduan agar tidak mencetus apa apa yang akan mengundang tidak balas.
8.Akan memberi nasihat bersama dengan bekas anggota panglima dan pensyarah University pertahanan kapada PR , bila Ah Beng dapat jadi Menteri kewangan, di kategari apakah belanjawan pertahanan dan kepolisan dapat di kurang kan,tanpa menjejaskan tahap keselamatan negara, dan guna penjimatan untuk sokong akujanaji PR.
9.Untuk siasat lebihan perbelanjaan pertahanan ketirisan bocor dan lain2 .
10. Melengkap kan barisan kepimpinan secara UMUM dengan kenytaan" kita ramai TAN SRI TAN SRI..
seterus dan lain lain.
Dan yang utama sekali, setiap anggan anggan cita cita rangkaian dapat di lakukan dan di laksanakan.
Goverment is BIIIIIIG GGG bizness, berbillionbillion RM selama lima tahun,berbillioon RM, untuk di beri kapada manafaat kapada semua ahli ahli yang telah susah payah menyokong PR susah payah, mesti dapat penghargaan, GOVERMENT is BIIIIIIGGGGG Bizness.
arjuna waspada
changkat lobak