Monday 29 April 2013

ANWAR.... SATU KERIS TAK BOLEH MASUK 2 SARUNG......!!!


Tahun 2011 sekitar bulan October/November, saya telah melawat seorang AHLUL ZIKRI / iaitu seorang ULAMA tersohor Kedah yang selalu berbincang tentang AL QURAN dalam bahasa arab yang beliau fahami. Nama ULAMA ini adalah ABDUL HAMID dan lebih senang dikenali sebagai PAK SU MID. Status ULAMA ini diberikan orang kepada beliau dan beliau sendiri tidak pernah mengaku bahwa beliau seorang ULAMA. PAK SU MID adalah antara ULAMA HARFIAH iaitu Sarjana Tatabahasa (Grammarian) Bahasa Arab yang "tinggai beberapa kerat sahaja" (loghat KEDAH) di Malaysia.

Pak Su Mid (berkepiah) bersama Rafidi (rakan blogger)


PAK SU MID sentiasa menerima kunjungan ziarah dari ramai orang yang menghormati kefahaman PAK SU MID dalam hal-ehwal Islam terutama tentang kefahaman AL-QURAN. Berbalik kepada bicara kita yang asal maka pada sekitar jam 7 petang tahun 2011 bulan October/November (saya tak ingat) saya menziarahi PAK SU MID dengan tujuan berbincang tentang AL-QURAN. Pada biasanya PAK SU MID tidak menerima kunjungan sesiapa pun lepas jam 5 petang tetapi disebabkan hubungan kami yang akrab maka diizinkan saya berbicara sebentar.


Tetapi pada hari tersebut, PAK SU MID telah memaklumkan kepada saya sesuatu yang memeranjatkan. Saya diminta jangan mengajukan pertanyaan untuk menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang telah diminta oleh seorang tetamu yang hadir ke rumah PAK SU MID sebelum saya. Maka saya menjadi hairan dan bertanya siapa tetamu PAK SU MID yang minta nak jadi Perdana Menteri ? Dengan senyum simpul PAK SU MID menjawab, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Panggilan kampung PAK SU pada DSAI adalah Anuwat…

Saya ditunjukkan tulisan tangan dalam tulisan JAWI yang ditulis sendiri oleh Anwar Ibrahim meminta beliau mendoakan agar beliau dijadikan Perdana Menteri Malaysia selepas pilihanraya umum ke 13 ini. Saya dimaklumkan oleh PAK SU MID bahwa beliau adalah seorang tua yang duduk bawah pokok dan sapu daun-daun nangka kering sahaja. 

Permintaan Anuwat untuk menjadi Perdana Menteri tidak mampu PAK SU MID tunaikan kerana perkara itu adalah bukan hak PAK SU MID untuk putuskan atau untuk campur tangan. PAK SU MID nasihat Anuwat, biarlah rakyat yang putuskan. Nasihat PAK SU MID kepada Anuwat adalah, SATU KERIH TAK BOLEH MASUK DALAM DUA SARUNG. PAK SU MID menasihati Anuwat untuk meninggalkan dunia politik kerana ianya sudah tidak sesuai dengan dirinya kerana beliau tak mampu untuk menjadi Perdana Menteri.



Maka bertolak daripada peristiwa ini maka saya membuat rumusan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang sangat terdesak untuk menjadi Perdana Menteri. Namun segala kejadian yang berlaku dalam hidupnya pada mulanya dikatakan angkara politik UMNO kini telah berubah arah kerana dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, kepimpinan PAS selain daripada MAT SABU / Husam Musa dan MAHFUZ, yang lain-nya sudah tidak mempercayai dakwaan Anwar bahwa beliau tidak melakukan perkara-perkara IMMORAL yang dikaitkan dengan beliau sama-ada berzina mahupun liwat. Ketidak-percayaan ini diterjemahkan oleh Majlis Syura PAS yang mengadakan perbincangan tertutup yang menolak Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU 13. Malah tidak salah dikatakan cerita insider PAS yang mengatakan Anwar mungkin tidak akan bertanding di Permatang Pauh kerana beliau tidak mendapat sokongan PAS. Harun Din adalah antara kepimpinan PAS yang begitu tidak bersetuju dengan Anwar dicalonkan sebagai Perdana Menteri telah berjaya mempengaruhi sebahagian besar kepimpinan PAS yang lain untuk menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Bagaikan retak menunggu belah, isu KALIMAH ALLAH yang akan menjadi punca PAS berbalah dengan DAP dan isu Anwar menjadi PM akan menjadi asas PAS berbalah dengan PKR. Keadaan sangat gawat sekarang ini buat Pakatan Rakyat dan blog ini membuat prediksi PAS akan menarik diri daripada Pakatan Rakyat sebelum menjelang PRU 13. Jika PAS tidak mengambil tindakan ini maka PAS akan menjadi korban kepada golongan Anwarinas di dalam PAS yang akan menghancurkan PAS dari dalam dengan tersingkirnya Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dari PAS / Majlis Syura.


PAS akan kalah teruk dalam PRU 13 ini kerana DAP telah mengkaldaikan PAS untuk mendapatkan sokongan orang-orang Cina manakala Anwar perlukan PAS untuk imej Islamik beliau tetapi yang akhirnya menyebabkan PAS kehilangan sokongan akar umbi disebabkan terpaksa mengalah dalam banyak perkara demi menjaga kesatuan Pakatan Rakyat.

Impian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri pasti terkubur dengan tindakan Majlis Syura yang menentang beliau dari menjadi PM dan benarlah kata-kata PAK SU MID - SATU KERIH TAK BOLEH MASUK DALAM DUA SARUNG.


PAK SU MID memberi pesan kepada Islam/Melayu di Malaysia supaya BERSATU dan memberi amaran tentang PAS yang telah salah tafsirkan Islam bagi tujuan berpolitik.


SUMBER Petikan...... dari sini

1 comment:

Anonymous said...

mmg tak boleh, cuma keris kau je yang boleh masuk dua sarung .... sarung CHINA DOLL and sarung SAiFUL hahahaha