Sunday 7 April 2013

BEKAS TIMB. PENGARAH SKMM DAN ISTERI, DIPENJARA DAN DENDA RM2.5 JUTA KERANA RASUAH


SHAH ALAM : Seorang bekas Timbalan Pengarah Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM)dan isterinya hari ini dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan empat tahun masing-masing dan denda sebanyak RM2.5 juta bagi kesalahan rasuah.
vrd7y
Hakim Mahkamah Sesyen, M. Bakri Abd Majid mendapati Noor Mohamed Khan Mohamed Mastan, 40, dan Suraya Hani Ahmad Zaki, 33, seorang pengurus akaun di sebuah syarikat swasta, bersalah selepas perbicaraan dijalankan.

Noor Mohamed Khan didapati bersalah kerana bersubahat dengan isterinya menerima rasuah sebanyak RM250, 000 daripada Ketua Pegawai Operasi, Siap Sedia Informatics Sdn Bhd, Mohd Shukri Othman.
Rasuah itu adalah dorongan untuk membantu Siap Sedia Informatik (sebuah syarikat yang membekalkan peralatan forensik) bagi mendapatkan surat pertauliahan untuk “tender mereka bentuk, melaksana, menguji dan pentauliahan makmal digital forensik SKMM”.
Kesalahan itu telah dilakukan di Siap Sedia Informatik, Suite 2-6, Level 6, Jalan USJ 9/5T, Pusat Perniagaan Subang di Subang Jaya pada pukul 10.25 pagi 14 Mac, tahun lepas.
Bakri berkata, Noor Mohamed Khan telah mengakui bahawa isterinya juga terlibat dalam melakukan kesalahan itu.
“Dia adalah seorang penjawat awam dan perlu memberikan perkhidmatan tanpa mengharapkan ganjaran,” kata hakim.
“Mahkamah telah menjatuhkan hukuman yang lebih tinggi kepada anda (Noor Mohamed Khan) kerana saya dapati bahawa anda adalah dalang di dalam kes ini secara keseluruhan.”
Dengan itu, Bakri menghukum Noor Mohamed Khan sehingga lima tahun penjara dan denda RM1.25 juta, sementara Suraya Hani dijatuhi hukuman empat tahun penjara dan juga denda sebanyak RM1.25 juta.
Mahkamah, bagaimanapun membenarkan pasangan menangguhkan perlaksanaan hukuman penjara sementara menanti rayuan tetapi mengarahkan supaya denda perlu dibayar terus.
Beliau meningkatkan ikat jamin mereka daripada RM15, 000 kepada RM30, 000 setiap seorang, dengan seorang penjamin.
Terdahulu dalam perbicaraan, peguam Nasir Aziz, yang mewakili pasangan itu, merayu kerana kemurahan hati Noor Mohamed Khan yang telah menjaga anaknya yang berusia lapan tahun dari isteri pertamanya.
DPP Wong Poi Yoke dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, bagaimanapun, tegas menetapkan hukuman berat kerana pasangan itu telah merosakkan imej SKMM.
“Tujuan projek ini adalah untuk menubuhkan satu makmal forensik bagi menyiasat kes. Noor Mohamed Khan yang bertindak sebagai Timbalan Pengarah telah menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan maklumat sulit tender tanpa pengetahuan ahli panel SKMM,” katanya.
Seramai 34 saksi memberi keterangan dalam perbicaraan itu.
Selepas keputusan itu disampaikan, Suraya Hani telah dilihat mencium tangan suaminya sebelum mereka dibawa keluar dari mahkamah.

No comments: