Friday 26 April 2013

AL-FATIHAH : TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM MAUT DITEMBAK DARI JARAK DEKAT...





Polis mengesahkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Saharuddin Ibrahim, 58, maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penunggang motosikal di Putrajaya pagi ini.



Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Menurut laporan awal, mangsa ditembak tiga kali oleh individu tidak dikenali.

Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.

Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara.-26/4/2013

No comments: