Friday 26 April 2013

MAHKAMAH TINGGI PUTUSKAN TINDAKAN UPSI TERHADAP ADAM ADLI ADALAH SAH



KUALA LUMPUR 26 APRIL - Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd. Halim yang digantung pengajian selama tiga semester sehingga September depan setelah didakwa melanggar peraturan universiti, hari ini gagal mencabar keputusan UPSI.



Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur memutuskan bahawa UPSI berhak berbuat demikian memandangkan Adam Adil, pelajar UPSI.

Hakim Datuk Zaleha Yusof dalam keputusannya mendapati keputusan penggantungan tersebut sah dan mengikut prosedur.

Beliau juga mengingatkan, walau apapun pegangan politiknya, namun hakikatnya pemimpin negara harus dihormati.

Adam dikenakan tindakan tatatertib oleh UPSI setelah dia menurunkan gambar bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - UTUSAN ONLINE

No comments: