Wednesday 3 April 2013

27 APRIL 2013 - HARI PENGUNDIAN PRU 13...???


Parlimen sudah dibubarkan secara rasminya. Yang ditunggu sekarang adalah tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian. Itu akan ditetapkan oleh SPR. 

Namun begitu sudah ada congak congak tarikh, bila dua tarikh penting tersebut akan diadakan.

Jadual di atas adalah tarikh tarikh penting pada PRU yang lepas. PRU11 dan PRU12 hari pengundian jatuh pada hari Sabtu.

Hari penamaan calon pada PRU11 diadakan pada hari (13 Mac 2004) Sabtu tetapi pada PRU12 diadakan pada hari (24 Februari 2008) Ahad.

Tempoh tarikh bubar dengan hari mengundi pada PRU11 adalah 18 hari. Kemudian pada PRU12 adalah 24 hari. Bagaimana pula dengan PRU13?

Dijangkakan paling awal PRU13 boleh diadakan seperti tarikh berikut: 


3 APRIL 2013 (RABU)
PARLIMEN BUBAR

6 APRIL  2013 (SABTU) 
PELANCARAN MANIFESTO PILIHAN RAYA

8 APRIL 2013 (ISNIN)
SPR BERMESYUARAT

14 APRIL 2013 (AHAD)
PENAMAAN CALON

27 APRIL 2013 (SABTU) 
TARIKH PENGUNDIAN


Apa pun kita tunggu apa keputusan SPR. 

No comments: