Wednesday 27 March 2013

PENGGANAS KIRAM BERBALAS SMS DENGAN INDIVIDU PEMBANGKANG MALAYSIA !!!



SANGAT MENGEJUTKAN! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu. Kami sungguh terkejut.

Penemuan terbaru mymassa mendapati Individu Pembangkang bukan sahaja menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada Militan Kiram, tetapi juga kami mendapat petunjuk baru yang amat-amat 'berat' di mana Individu Pembangkang turut menjanjikan beberapa perkara lain.


Sumber kami menunjukkan kepada kami beberapa sms dalam bahasa Inggeris, di antara Individu Pembangkang dengan pihak Militan Kiram, yang kami percaya dihantar kepada pihak perantara yang kami yakin ialah MNLF.

Daripada sms yang banyak itu, kami dapat bahagikan kepada dua bahagian.

SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia :

1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Najib terpaksa mengisytihar "Darurat".

2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".


SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram :

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberikan "Kewarganegaran" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah secara automatik.

4. Membatalkan Perjanjian dengan MILF. 

5. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.

Nota : Kami bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Ke Atas Penglibatan Anwar Ibrahim dalam Pencerobohan Militan Kiram di Lahad Datu ditubuhkan! Kami memohon maaf kepada pasukan keselamatan, bukan kami hendak mendahului, kami hanya mahu memberikan segmen Bukan Tentera/Bukan Polis.

Kedua, kami menyeru supaya siasatan turut dibuat ke atas Lajim Ukin yang menerima wang rasuah sejumlah RM20 Juta dari Anwar Ibrahim semasa melompat parti. Selain daripada Lajim membeli surat penjara Anwar secara "Cash" bernilai RM50,000, wang selebihnya yang sangat besar itu dipercayai diberikan  kepada sel-sel Militan Kiram melalui anak Lajim. Kami mendapat maklumat Lajim turut dipergunakan Anwar!


SEMENTERA ITU.... Pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin mendakwa memang berlaku pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nur Misuari bagi membincangkan isu politik di Sabah.

Dakwanya, pertemuan pertama Ketua Pembangkang dengan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) itu berlangsung pada 16 Julai 2012 di Hotel Crowne Plaza, Jakarta dan diatur oleh sahabat baik Anwar sendiri.

Pertemuan seterusnya pula dakwa Raja Petra, berlaku pada 4 Ogos 2012 di Manila bertujuan memuktamadkan segala perbincangan yang dibuat di Jakarta dan penerbangan ke sana menggunakan pesawat Malaysia Airlines.

“Dalam pertemuan itu, Anwar dikatakan meminta pertolongan Nur Misuari bagi memastikan kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dengan tumpuan khusus perbincangan adalah berkait isu Sabah.....

4 comments:

Anonymous said...

toya hg.. sepanjang penglibatan anwar dalam politik pernah dak ada isu anwar songlap duit..?? dari dulu sampai sekarang media ummno,cacai ummno cari jalan untuk nak kenakan anwar dengan duit..tapi anwar ni bersih.walaupun masa pegang menteri kewangan pon dia xdak songlap duit mana..sepanjang dok dalm kerajaan x pernah songlap duit..sebab 2 sekarang ni cacai ummno semua hanya boleh dok kait anwar dengan isu liwat ja..sebab diorang tau anwar memg clean..daripada anwar nak bagi 20 juta kt kiram 2 bek dia p enjoy duit 2 kt luaq negara..dey,dalam akaun ada 20 juta bank dh boleh detect la..bongok

Anonymous said...

fakta atau fitnah? sudah2la tu...

Anonymous said...

DARI MANA ANWAR MEMPEROLEHI .SUMBER KEWANGAN DAN DANA UNTUK MEMBIAYAI PAKATAN RAKYAT..... BANYAK SANGAT KE WANG ANWAR TU....KN KN TP PERBELANJAAN PAKATAN RAKYAT AMBIL DARI SUMBER MANA.....!!!!! CUBA JAWABB... PAKAILAH OTAK SIKITTTT...

Anonymous said...

berdoa la supaya Tuhan tunjukkan siapa sebenarnya pengkhianat dalam negara kita. byk perkara yg kita tidak tahu. berdoa berdoa berdoa dan jgn terlalu taksub kpd suatu puak sehingga mata buta melihat kepada kebenaran.