Monday 11 March 2013

AZLAN ENGGAN BERSUMPAH...... SERTAI PKR KERANA MINAT ANWAR...!!!

Tak takut bersumpah...tapi enggan bersumpah.... cakap macam gampang!!!!

Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim menegaskan beliau tidak akan membuat sumpah laknat bagi membuktikan dakwaannya bahawa kes liwat II membabitkan anaknya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu fitnah.

Tegas dengan pendirian bahawa dakwaannya Jumaat lalu adalah benar, Azlan berkali-kali menolak gesaan pelbagai pihak yang mahu supaya beliau melakukan sumpah laknat sama seperti yang dilakukan Mohd Saiful pada 2008 yang mengakui diliwat Anwar.


"Tidak...tidak...saya tak akan bersumpah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Isnin.

Diasak dengan soalan mengapa beliau takut untuk bersumpah laknat sekiranya berada dipihak yang benar, Azlan bagaimanapun dengan tegas menyatakan: "Saya tidak takut (bersumpah)". sumber


Sementara itu.....



Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat pengisytiharan memasuki PKR di mana borang keahlian diserahkan kepada Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution di Ibu Pejabat parti itu hari ini.
Menurutnya, kemasukan dalam PKR tidak ada kena mengena dengan kes liwat membabitkan anaknya.
“Saya tidak berniat sama ada untuk mengkhianati anak kandung saya, saya tetap bersama beliau. Saya juga menghargai kenyataan anak saya Saiful, yang beliau masih menyayangi saya sehingga ke akhir hayat.
“Kita kena berlaku profesional dalam hal ini. Apa yang saya lakukan hari ini adalah menyertai sebuah parti politik dan tidak ada kena mengena dengan kes mahkamah, tidak ada kena mengena dengan kes anak saya,” katanya dilaporkan Antarapos.
Azlan mendakwa beliau sudah lama meminati Anwar dan “ berjuang sejak 1998 sebagai penyokong di peringkat akar umbi PKR.”
Baca seterusnya..... di sini

No comments: